Aziz Jamman Rajin Turun Padang? Baca Dulu Ni, Alahai!

Beginilah kalau tidak lagi berkuasa, terus rajin turun padang dan petah berkata kata. Macam awal Warisan memperkenalkan diri habis satu Sabah ini mereka pusing.

Tapi semasa berpeluang menjadi kerajaan bukan hanya tolol dan malas turun padang tapi juga tidak reti memikul tanggungjawab baik sebagai wakil rakyat mahupun sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

Sedangkan kalau benar pemimpin itu berkualiti mereka akan bekerja tanpa mengira, baik sebagai wakil pembangkang mahupun sebagai wakil rakyat yang mewakili kerajaan. Mereka akan sentiasa prihatin pada penduduk dan pengikut di kawasan mereka.

Lihat wakil wakil rakyat dari Bersatu atau GRS sikap dan kerja mereka konsisten, tetap rajin turun padang dan memantau kawasan yang mereka wakili. Apa lagi hari ini sebagai kerajaan GRS lagilah rajin sampaikan kita yang cuma memerhati dari jauh pula yang merasa penat dan lelah.

Hari ini gambar Ahli Parlimen, Aziz Jamman diviralkan kononnya sedang membaiki jalan rosak dalam pada itu dia mengomel kalau itu bukan tugasnya tetapi itu merupakan tanggungjawab kerajaan.

Ya betullah menjadi tanggungjawab kerajaan tapi kan sebelum ini Warisan adalah juga kerajaan dan si Aziz sendiri berjawatan Timbalan Menteri tapi kenapa jalan jalan rosak seperti itu tidak dibaiki?

Akibat kegagalan kerajaan Warisan, kerajaan GRS pula yang mendapat jolokan, jalan raya di Sabah macam di bulan.

Oleh kerana itu jangan lagi ada yang terpedaya dengan lakonan dan dakyah kepimpinan Warisan. Seperti yang mereka lakukan pada pilihan raya umum 2018 dan pilihan raya negeri Sabah 2020.

Banyak bahan yang saya boleh paparkan sebagai bukti betapa tidak bergunanya mereka selaku wakil rakyat Warisan.

Hakikatnya tidak ada parti di Malaysia ni yang baru saja mendapat kemenangan dan sedang menjadi kerajaan tapi ramai ahli parti dan penyokong mereka bertindak meninggalkan kerajaan sekaligus parti Warisan, kecuali semasa parti Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah.

Kenapa boleh berlaku? tidak kah itu membuktikan sememangnya si Aziz Jamman itu agak konyol memikul tanggungjawab sebagai pemimpin parti dan rakyat?

Baca link dibawah dimana ahli parti atau AJK Warisan Sepanggar meninggalkan kerajaan waktu itu.

Naib Ketua Wira Sepanggar Keluar Parti

Pastor Gembira Meninggalkan Parti Warisan

Wajar Limus Jury Dan James Ratib Meninggalkan Kerajaan Negeri Warisan

500 Ahli Warisan Keluar Parti Sertai Bersatu

5K Warisan Kampung Bangau dan Simunul, Semporna Sertai PPBM

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: