Naib Ketua Wira Sepanggar Keluar Parti

Bila jentera parti yang berjawatan Naib Ketua Wira Bahagian Sepanggar nampak dan merasa kepimpinan Ahli Parlimen mereka, Aziz Jamman tidak berkredibiliti, mudah melepaskan tanggungjawab maka jalan terbaik adalah meninggalkan parti mereka iaitu Parti Warisan.

Pada 21 June yang lalu Ketua Wirawati Sepanggar juga bertindak keluar parti bersama AJK, beberapa ketua ketua Cawangan dan ahli yang lain. Alasan mereka hampir sama hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Aziz Jamman.

Sebab utama mereka meninggalkan Parti Warisan ialah kerana parti itu gagal menjaga kebajikan jentera parti selain gagal membantu masyarakat setempat. Ini lah sebab utamanya.

Wirawati dan AJK Sepanggar Keluar Parti

Faidzul Hafiezan bin Rahim selaku Naib Ketua Wira Bahagian Sepanggar melalui kenyataan bersurat kepada Ketua Bahagian Sepanggar yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Aziz Jamman.

Jelas menyatakan bahawa dia mengumumkan keluar parti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan berharap tindakan mereka boleh diterima oleh parti Warisan khususnya Warisan Bahagian Sepanggar.

Main kau burung. Sebenarnya ahli Warisan di Sepanggar sedar dan tahu. Andai mereka terus bertahan dalam parti Warisan nanti orang luar hanya mentertawakan mereka. Kenapa tidak diketawakan dua tahun lebih menjadi kerajaan Sabah tetapi tiada apa yang berubah di bahagian Sepanggar seperti mana janji di pilihan raya yang lepas dan begitu juga terhadap diri mereka sebagai jentera parti, sikit pun tidak merasa perubahan yang diharapkan.

Seperti mana entry sebelum ini yang penuh sinis. Hanya anjing kurap yang terus menyokong parti Warisan.

Hanya Anjing Kurap Menyahut Seruan Balik Sabah Undi Warisan

Dengar dengar khabar Aziz Jamman tidak akan mempertahankan jawatan Ahli Parlimen Sepanggar. Sebab dia tahu dia akan kalah. Jadi pada mereka selaku penyokong atau ahli Parti Warisan di bahagian Sepanggar khususnya takkan pula yang terhegeh-hegeh mempertahankan Warisan, tolol namanya tu.

Pada jentera ataupun ahli Parti Warisan bertindaklah secepat yang mungkin, jangan terlambat. Itu parti PPBM Sabah dan kompenan yang lain sentiasa terbuka untuk kalian.

Jangan lagi terpedaya dengan retorik Sabah for Sabahan, Sabah Ubah dan seumpamanya hingga menafikan kewujudan parti parti yang ada di Malaysia. Dalam usaha membayangkan slogan itu akan direalisasikan sekiranya mencapai kemenangan di pilihan raya. Hemmm!

Walhal bagaimana mungkin ia berlaku selagi Sabah masih duduk sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia.

Slogan kenegerian seperti itu hanyalah slogan semata-mata selagi kepimpinan dan jentera parti tidak dibarisi oleh mereka mereka yang benar benar berkualiti dan yang paling penting harus tahu dan sedar bagaimana untuk merealisasikan agenda penuh Borneonisasi, antaranya menjalankan memorendem bukannya melalui proses pilihan raya.

Kerana selepas puluhan tahun Sabah Malaysia merdeka telah berlaku banyak penggubalan undang-undang atau perlembagaan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan hingga setiap satunya tidak boleh dilaksanakan jika sekiranya ada pertentangan.

Dan jangan ingat untuk menggubal undang-undang ia tidak melibatkan banyak pihak seperti yang di-pertuan Agong dan lain lain. Buktinya sehingga hari ini kerajaan negeri Warisan tidak mampu mengubah satu pun perlembagaan negeri yang ada kaitannya dengan autonomi.

Masih ingat jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan Warisan bagi kononnya menutup agenda borneonisasi. Apa yang sudah dicapai dan ke mana sudah perginya jawatankuasa itu. Hahaha!

Jangankan menuntut agenda borneonisasi hanya untuk menunaikan janji-janji kecil Parti Warisan pada pilihan yang lepas pun gagal secara total. Hanya kroni dan kerabat kepimpinan Warisan yang bersenang-lenang. Sedangkan penyokong Parti Warisan di peringkat akar umbi dan pertengahan sehingga hari ini hidup segan mati tak mahu.

Anda mengundi atau menyokong Warisan pada pilihanraya lepas tapi tidak mendapat pembelaan dalam erti kata sebuah negeri, malah hari ini anda memacakkan bendera Warisan. Itu namanya hidup miskin dan tidak bermaruah lebih kotor dari anjing kurap. Jangan hairan kalau orang tidak menghormati anda.

Biar kalian miskin asal ada maruah dan harga diri. Jangan hidup seperti anjing kurap.

3 comments

  1. Malaysia Negara ku
    Sabah dan Serawak
    Negeri jiran ku
    Kasih sayang diantara penghuni nya tidak berbelah bagi
    Kata pepatah pujangga orang tua tua dahulu…
    Cuit paha kanan, terasa sakit di paha kiri
    Itulah hubungan antara semenanjung Malaysia dengan SABAH dan SERAWAK

    Liked by 1 person

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: