Jeliknya lah kenyataan pemimpin Warisan selepas dua Adun UPKO daripada Kuala Penyu, Limus Jury dan Sugut, James Ratib bertindak meninggalkan kerajaan Warisan.
Antara sebab utama yang diketengahkan kenapa mereka bertindak meninggalkan kerajaan Warisan adalah kerana kini kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh Parti Warisan tidak lagi sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dimana senario ini hanya merugikan masyarakat Sabah umumnya dan pengundi dikawasan yang mereka wakili.
Selain alasan kepartian iaitu hilang kepercayaan terhadap Presiden UPKO.
Dalam pada itu mereka berdua menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia mampu membawa perubahan positif kepada negara dan Sabah khususnya.
Alasan yang sama ketika mereka atau wakil wakil rakyat daripada BN keluar bersekongkol dengan Parti Warisan bagi membentuk kerajaan negeri Sabah. Sama tiada beza kerana Sabah pada waktu itu difikirkan tidak lagi sehaluan dengan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan PH.
Kalau dikira alasan yang diberikan oleh dua Adun daripada UPKO itu cukup logik dan mengena malah tidak boleh ditafsirkan sebagai mengkhianati parti Warisan. Ini kerana alasan itulah yang digunakan oleh Parti Warisan semasa memancing wakil rakyat BN sebelum ini.
Maksudnya jangan kepimpinan atau Parti Warisan berperasaan mereka itu suci murni hingga kalau mereka yang buat tidak ada masalah tapi kalau orang lain yang buat dilarang sama sekali. Adil kah tu? Poyo!
Menjengkelkan bila ketua penerangan Parti Warisan Yusof Yacob. Membuat gambaran yang tidak matang dalam politik dimana dia mendakwa kedua Adun berkenaan telah mendapat projek atau kontrak pembinaan lebuhraya Pan Borneo dan projek tertentu daripada Kementerian KKLW. Hakikatnya kalau bukan dua Adun itu yang mendapat projek berkenaan pastinya orang lain, nah itulah nama rezeki yang tidak pernah salah alamat. Tetapi jika ada yang mempersoalkannya hanya kerana tidak lagi menyokong itulah bukti kenaifan rohani mereka.
Apa yang salah dan menghairankan Warisan sekiranya satu-satu wakil rakyat mendapat projek. Apa lagi projek itu dibayar menggunakan wang rakyat, bukannya wang daripada Parti Warisan. Paling penting projek itu tidak datang daripada kerajaan negeri atau idea projek sebesar Pan Borneo tidak datang daripada akal fikir kepimpinan Warisan. So apa masalahnya, kalau benar Warisan ingin mempersoalkannya sangat?
Apa lagi sudah tentulah projek yang dilaksanakan itu akan memanfaatkan rakyat.
Apa kaitannya projek dengan pendirian seseorang memandangkan mereka meninggalkan sebuah parti kerajaan yang berkuasa diperingkat negeri? Kalau benar mereka meninggalkan kerajaan negeri kerana kuasa seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangan Warisan itu.
Warisan ni memang begini kalau sudah tidak sehaluan maka segala hal akan diungkit walaupun nilai yang mereka maksudkan sebesar kuman berbanding kemasyhuran yang mereka dapat melalui sokongan yang telah diberikan. Shame on you lah, amat amat jahil. 🤭
Jadi sekali lagi dari sudut mana mereka telah melakukan kesalahan atau telah mengkhianati kerajaan Parti Warisan.
Adakah sebelum ini wakil rakyat daripada Parti Warisan tidak menerima projek dari Persekutuan dan kerajaan negeri. Kita boleh katakan mustahil lah tu, bilamana tersebar banyak berita berhubung kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan beberapa wakil rakyat dan pegawai mereka yang terpalit dengan tuduhan rasuah hingga dicari oleh SPRM dan didakwa di Mahkamah.
Tidak usahlah Ketua Penerangan Parti Warisan, Yusuf Yaacob berlagak suci di tengah-tengah kebobrokan yang sedang dihadapi iaitu disiasat oleh SPRM dan dakwaan di Mahkamah.
Selain itu, tuduhan juga dilemparkan oleh rakyat Sabah itu sendiri bahawa kerajaan negeri Sabah gagal menyampaikan bantuan yang telah diumumkan akibat ketiadaan sistem yang efisien. Selain sebab utama kerana disyaki berlaku penyelewengan dana.
Seperkara yang perlu difahami dan diketahui oleh Yusof Yacob ialah Parti Warisan bukannya pilihan pengundi Sabah pada PRU yang lepas. Warisan hanya menangi 21 kerusi DUN daripada 45 yang mereka tandingi. Begitu juga dengan kerusi Parlimen hanya 8 daripada 16 kerusi yang disertai.
Lalu Warisan nak berbangga daripada sudut mana hingga orang lain yang telah terjebak tidak lagi boleh membebaskan diri walaupun selepas beberapa tempoh. Apa lagi mereka telah mendapati Warisan gagal mentadbir kerajaan negeri. Peraturan dibuang ke tepi amanah diperkotak-katikkan. Totally manifesto tidak terlaksana. Kerugian di beberapa syarikat kerajaan negeri atau GLC. Jawatan penting dalam kerajaan diagihkan sesama mereka. Masyarakat hanya mampu memendam rasa hingga akhirnya kalau dibiarkan wakil rakyat yang menang atas tiket BN atau parti lain pada pilihan raya yang lepas akan ikut hangus terbakar di pilihan raya yang akan datang. Begitukah? Inikah yang dimaksudkan dengan kesetiaan walaupun jelas nyata merugikan diri dan masyarakat teramai.
Jadi mahu tunggu sampai bila baru nak bertindak, tunggu pilih raya dalam pada itu jurang kemiskinan masyarakat Sabah semakin jauh sebaliknya hanya kroni yang terbang tinggi, rakyat ampai-ampai dikenyangkan dengan janji dan harapan palsu.
Demokrasi bukan hanya berlaku dalam pilihanraya tetapi juga praktikal ketika kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan gagal memikul tanggungjawab mereka.
Tidak ada jalan lain untuk menarik balik kepercayaan pengundi selain berpatah balik tidak lagi bersama parti Warisan yang sudah menjadi Tongkang yang pecah.
Wahai orang politik yg hebat..sebenarnya ini bukan pertama kerajaan tidak sehaluan dengan persekutuan ingat dulu era pbs pun berlaku sudah sebegini…cuma budaya para YB ni sahaja yg suka keluar masuk pada saya YB seperti ini tiada jati diri dan tiada semangat ingin membela nasub rakyat yg mereka adalah kepentingan perubadi.jika mereka ingin membela rakyat merwka tak akan meninggalkan warisan kita rakyat sudah lali dengan janji pemimpin seperti ini.
LikeLike
Sepatutnya ia tidak dilakukan oleh Warisan sebelum ini, mengangkut wakil rakyat BN yang membentuk kerajaan negeri.
LikeLike
Diorg keluar Warisan sbb nak membela rakyat lah tu. Sama macam alasan Datuk Shapie yg meninggalkan UMNO dulu atas alasan utk membela rakyat 😁
LikeLiked by 1 person