Shafie Bawa Berehat, PBS Tidak Akan Bekerjasama Dengan Warisan

Shafie aka Parti Warisan sedarlah diri tu sikit. Walaupun perkara yang kamu lontarkan itu bersifat politik tapi perlu juga berpijak di bumi nyata. Dalam erti kata lain perlu memegang harga diri atau maruah apa lagi ke atas parti yang kamu cuba nafikan kekuatannya dengan berusaha mengubah pendirian pengikut PBS agar menyokong Warisan.

Sebelum ini Shafie berandai andai kononnya jumlah kerusi Warisan pada pilihan raya umum ke 15 akan ditentukan walaupun tanpa PBS. Seolah olah telah ada kerjasama diantara mereka sebab itu Warisan tidak akan bertanding di kawasan PBS. Hahaha!

Mahu berapa kali juga PBS harus menyatakan pendirian, tidak akan bekerjasama dengan parti Warisan. Rasanya sudah masuk kali ke dua PBS menegaskan tidak bekerjasama dengan Warisan malah terus teguh bersama GRS.

Kenapa Warisan benar benar telah kehilangan sokongan dari bangsa KDMR kah, apa lagi setelah kemunculan parti KDM yang diasaskan oleh bekas Naib Presiden Warisan, Peter Anthony?

Nampaknya Warisan terus tertekan dan tertekan, ini kerna mereka sedar tanpa kemenangan besar di pantai barat, maka mustahil Warisan mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Benarlah Warisan telah kehilangan sokongan dan tidak hanya melibatkan KDMR sebenarnya tapi juga melibatkan ramai bangsa Bajau Suluk yang tidak lagi menyokong kepimpinan Shafie Apdal. Ini disebabkan faktor yang mereka sedari tapi terpaksa demi berusaha memancing sokongan KDMR, iaitu polemik pemberian pas kerja kepada pendatang asing tanpa izin yang memenuhi syarat.

Dimana setiap kali pemimpin Warisan yang berbangsa Bajau mempolitikkan isu ini, dalam masa sama terpaksa melecehkan kehadiran PATI dari Filipina dan Indonesia. Ini telah menimbulkan kemarahan mereka yang berkenaan.

Berbalik pada isu pokok.

Jangan Shafie lupa penolakan dan penghinaannya ke atas parti PBS dan pemimpinnya yang beragama Kristian.

Shafie tanpa dia sedari pernah menghina pemimpin pemimpin KDMR dalam PBS dimana kononnya mereka tidak menjaga agama kristian hingga sanggup bekerjasama dengan parti dari Malaya seperti UMNO dan PAS? ucapan atau tuduhan Shafie itu telah mencetuskan perbalahan dikalangan rakyat KDMR dan pihak gereja. Baca link dibawah.

Baca juga link dibawah bagaimana retorik Shafie itu telah merosakkan keharmonian agama kristian di negeri Sabah, menyebabkan seorang pastor atau paderi meninggalkan Warisan.

PBS tidak pernah menjual logo parti pada orang luar, tidak seperti Warisan, semasa pilihan raya negeri Sabah 2020 calon DAP menggunakan logo Warisan. Ini sudah cukup menggambarkan betapa kemaruknya Warisan terhadap kuasa.

Shafie juga perlu tahu dan berhenti memancing PBS kerna atitud penyokong PBS tidak sama dengan atitud penyokong Warisan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: