Semua Permohonan Najib Ditolak – Bukti Baharu dan Tangguh Bicara

Terdahulu, peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik, yang baru dilantik pada 21 Julai lalu, memohon budi bicara mahkamah untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir, sejurus mahkamah menolak permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon kepada mahkamah… Saya biasanya tidak akan datang ke mahkamah dan meminta penangguhan melainkan ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Rayuan akhir ini membabitkan dokumen yang banyak iaitu sebanyak 179 jilid dan keterangan saksi yang ramai, oleh itu saya memohon supaya kami diberikan peluang yang sewajarnya dan anak guam diberikan perlindungan yang sama rata.

Permohonan Najib untuk menanggungkah perbicaraan sehingga tiga atau empat bulan pun ini ditolak oleh Hakim Mahkamah Persekutuan dan hanya diberi tempoh sehingga Khamis ini.

Itu bererti dua permohonan Najib di Mahkamah Persekutuan berhubung SRC ditolak mentah mentah oleh hakim. Hakim berpendapat Najib dan Peguamnya tahu tarikh akhir perbicaraan tapi sengaja menukar peguam supaya bukti baharu dapat dikemukakan dan perbicaraan dapat ditangguhkan. (lebih kurang begitulah)

Segala galanya berpunca dari sini, rasanya dari sini para hakim menyakini keputusan yang akan diambil. Bukan apa, tampak para peguam Najib mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan 12 tahun penjara dan denda 210 juta ringgit dalam skandal SRC.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: