Tindakan Peter Anthony Pro GRS Adalah Tindakan Yang Cerdik – KM Hajiji

Memang benar pun tindakan satu satu pemimpin dalam keadaan hari ini seperti yang diambil oleh Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony yang keluar dan akan menubuhkan parti tempatan dan mesra kerajaan GRS adalah tindakan yang cerdik.

Peter pada 28 Disember lalu mengumumkan keluar parti bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim dan akan menubuhkan parti baharu berasaskan Kadazandusun dan Murut (KDM).

Dalam GRS ada beberapa parti dan sokongan yang dimaksudkan oleh mantan Naib presiden parti Warisan ini adalah ke atas parti PPBM atau Bersatu.

Ini membuktikan Parti Bersatu sangat sangat di terima di negeri Sabah khususnya dari kaum Bumiputera.

Sudah ada empat atau lima wakil rakyat dari Parti Warisan yang keluar meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Bersatu tidak terkecuali Adun Sindumin Doktor Yusuf, agaknya lah. He!

Tidak ada seorang pun dari mereka yang menyokong UMNO. Jadi faham-fahamlah kamu orang. Hari ini orang Sabah sangat cerdik untuk percaya lagi pada retorik pemimpin pemimpin UMNO. Justeru itu mereka cuba mencorakkan politik Sabah serupa dengan GPS di Negeri Sarawak iaitu berpolitik dan menuntut hak tanpa UMNO yang diketahui tidak akan sanggup memartabatkan elemen dalam perjanjian Malaysia.

Satu contoh dari elemen itu ialah berhubung kekayaan Sarawak dan Sabah dimana tuntutan cukai produk Petroleum hanya terealisasi bila Malaysia di perintah oleh Perikatan Nasional. Nampak?

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Noor pihaknya melihat tindakan Peter Anthony meninggalkan Parti Warisan sebagai satu perkembangan yang baik bagi politik negeri Sabah dan mengukuhkan lagi kerajaan negeri Sabah yang diketuainya

Nah kamu penyokong Warisan jangan marah, kamu tidak tahu siapa sebenarnya yang tidak reti diuntung dan sombong bodoh hingga orang sesetia Peter Anthony sanggup meninggalkan Warisan itu sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: