Timbalan Ketua Bahagian Warisan Tenom dan Ketua Wira Sepanggar Keluar Parti

Susulan tindakan Ketua Warisan Bahagian Tenom Peter Anthony yang meninggalkan parti itu dan menyokong GRS di peringkat negeri Sabah.

Setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Shafie Apdal selaku Presiden Parti Warisan yang didakwa telah lari dari landasan perjuangan asal.

Sedangkan semua orang tahu GRS yang diketuai parti Bersatu tampak bersungguh-sungguh mempertahankan dan memperjuangkan hak hak Sabah seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Bukan seperti yang di dakwa oleh Shafie kononnya kerana tekanan yang dihadapi oleh Peter berkaitan perbicaraannya di Mahkamah.

Walhal belum pun Peter di dapati bersalah di Mahkamah, jadi tentang mana pula yang di takutkan ni. Itu Najib dan Zahid jelas ada bau bau sabitan pun tetap bertahan.

Seperti yang admin tegaskan sebelum ini seandainya tekad Peter Anthony itu tidak ditangisi oleh Presiden Warisan Shafie Afdal dengan sesungguhnya. Maka nescaya Warisan akan berkubur khususnya di pantai barat Sabah.

Kalau sudah sokongan di pantai barat Sabah terus berkurangan, justeru apa lagi yang diharapkan oleh Warisan aka Shafie? tutup kedai dan buka kedai baru sajalah daripada hanya menyusahkan pengikut di kawasan yang di wakili Warisan.


Parti Warisan di Tenom terkesan dengan perkembangan politik semasa Sabah apabila pemimpin-pemimpinnya mengikut jejak Ketua Bahagian, Datuk Peter Anthony meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketua Bahagian, Donneysius Ansuku mengumumkan keputusan mereka itu pada jam 2.00 petang di Tenom, semalam (Ahad).

Donneysius yang juga Ketua Cawangan Warisan Kg Gumisi Laut berkata, beliau bersama-sama dengan AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan Warisan dan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) P181 Tenom, merestui keputusan Peter keluar dari parti Warisan.

“Dengan ini, kami dengan rela hati tanpa paksaan mengisytiharkan keluar secara rasminya dari parti Warisan berkuatkuasa serta merta dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Peter dalam parti baharu nanti,” katanya.

Sejam selepas pengumuman Donneysius, Warisan Sepanggar turut menerima tamparan apabila Ketua Wira-nya, Jumardie Lukman turut mengumumkan meninggalkan parti itu, di sini.

“Saya, ketua Wira P171 Sepanggar dan beberapa lagi yang bersama saya terdiri daripada AJK-AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan Parti Warisan serta beberapa orang-orang berpengaruh di seluruh kawasan P171 Sepanggar mengumumkan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Parti Warisan serta-merta hari ini (2 Januari),” katanya.

“Bagi saya, politik ini hanyalah fahaman ideologi. Jika kita sudah tidak sefahaman dengan perjalanannya atau sudah tidak sehaluan dan berbeza hala-tujunya maka kita berhak untuk menarik diri secara peribadi daripada wadah ini dan ianya sudah pasti bersifat peribadi.

“Oleh itu, saya menyokong keputusan akar umbi dan Datuk Peter Anthony selaku Naib Presiden Parti Warisan keluar daripada Parti Warisan yang bakal menubuhkan parti baharu berbilang kaum mesra Kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Noor demi pembangunan Negeri Sabah,” tambahnya.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap mengumumkan bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim keluar dari parti Warisan pada 28 Disember lalu.

Peter akan menubuhkan parti baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: