Dari Azalina Sibuk Pasal Azam, Lebih Baik Tolong PM Ismail Buang Najib dan Zahid Dari UMNO

Ada benarnya daripada Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang sibuk pasal asal usul pelantikan Azam Baki sebagai Ketua SPRM hanya kerana propaganda Azam Baki bermain saham lalu dikaitkan dengan penyelewengan atau integriti.

Maka Lebih baik dia menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri untuk membuang Zahid Hamidi atau saja Najib dari barisan kepimpinan parti UMNO. Secara logiknya untuk apa UMNO menyimpan pemimpin yang sudah kantoi maling, untuk mengundang murka Tuhan?

Najib itu sudah di dapati bersalah oleh Mahkamah kerana mencuri wang rakyat tapi dinafikan oleh sebahagian besar jentera UMNO. Tapi Azam yang bermain saham pula yang di tuduh kantoi menyeleweng atau makan wang rakyat. Logik kah?

Bermain saham adalah aktiviti yang normal bagi orang ada kelebihan. Dan ia bukannya satu kesalahan bagi seorang kakitangan awam.

Perbuatan Azalina dengan mengaitkan pelantikan Azam Baki dengan mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin, hanyalah usaha membodohkan orang Melayu yang sanggup menjadi bodoh.


Datuk Seri Azalina Othman Said sewajarnya maklum tentang prosedur dan hasil tapisan yang perlu dijalani oleh setiap kakitangan kerajaan sebelum mereka dilantik kepada apa-apa jawatan.

Timbalan Ketua Penerangan II BERSATU Malaysia, Dr. Afif Bahardin berkata beliau yakin dan pasti bahawa perkara itu dilaksanakan sebelum Yang di-Pertuan Agong bersetuju melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maka, kata Dr Afif, tidak timbul persoalan sama ada prosedur tapisan itu telah dilaksana.

Dr Afif turut melontarkan persoalan sama ada Azalina telah melakukan semakan dan yakin dengan integriti pimpinan UMNO yang ada di kalangan mereka sedang menghadapi kes perbicaraan di mahkamah.

“Sewajarnya beliau bermuhasabah dengan bertanya pada diri sendiri bahawa apakah beliau telah lakukan semakan dan yakin dengan integriti pimpinan UMNO yang menjadi sebahagian daripada apa yang dipanggil kluster mahkamah,” katanya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: