Majlis MA63 Setuju Status Sabah dan Sarawak Jadi Rakan Sekutu Semenanjung

Dalam erti kata lain mesyuarat Majlis MA63 yang berlangsung semalam yang dihadiri ahli jawatankuasa, telah bersetuju sebulat suara untuk memulangkan status Sabah dan Sarawak ke perjanjian asal iaitu Sabah dan Sarawak adalah entiti dalam Malaysia dan menjadi rakan sekutu Semenanjung.

Jadi selepas ini Sabah dan Sarawak tidak lagi sama level dengan negeri negeri di Semenanjung. Tapi dengan keseluruhan Semenanjung itu sendiri, ini barulah ada cerita.

Dalam mesyuarat maya yang sama, Ketua Menteri Sabah menggambarkan komitmen kerajaan negeri dalam merealisasikan elemen yang belum ditunaikan di dalam perjanjian Malaysia 1963, seperti dibawah.

Satu mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) Bilangan 3 Tahun 2021 telah diadakan secara maya hari ini. Pelbagai perkara telah kami sentuh dalam mesyuarat kali ini terutamanya berhubung isu-isu kedudukan Sabah dan Sarawak yang perlu diselesaikan dengan segera. Sabah meletakkan harapan yang amat besar untuk mengembalikan hak-hak rakyat negeri ini seperti mana yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan serta berharap agar tuntutan Sabah dan Sarawak dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin menegaskan bahawa kami komited dalam memastikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam MA63 akan terus diperjuangkan sehinggalah ditunaikan. Oleh itu, kami akan pastikan perbincangan yang diadakan akan membuah hasil yang diharapkan agar rakyat dan negeri ini akan dapat menikmati pembangunan yang lebih banyak. Mandat yang diamanahkan akan kami sempurnakan demi tanah tumpah negeri kita. Turut sama hadir pada mesyuarat ini ialah YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Menteri Pertanian dan Perikanan merangkap Timbalan Ketua Menteri lI dan YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II.

Sabah Maju Jaya!!!


KOTA KINABALU – Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) telah bersetuju dengan cadangan pindaan membabitkan Perkara 1(2) serta Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang akan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat MKMA63 hampir tiga jam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Pindaan itu akan mentakrifkan semula maksud Persekutuan,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, cadangan itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang turut mengetuai Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu MKMA63, sambil menambah pindaan semasa adalah berbeza daripada yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

Ongkili juga menjelaskan, MKMA63 telah bersetuju dengan cadangan pindaan yang bakal dibentang pada persidangan Parlimen akan datang.

“MKMA63 akan terus membincangkan perkara-perkara tertangguh selain memastikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak dikembalikan,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Wan Junaidi berkata, pindaan itu akan mentakrifkan semula status semua negeri dalam Malaysia selaras dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, MA63 dan kedudukan selepas Singapura keluar pada 1965.

Ongkili pula menjelaskan, MKMA63 juga bersetuju memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan lesen bagi perikanan laut dalam.

Pada mesyuarat itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut membentangkan cadangan bagi kelulusan MKMA63 untuk memberi kuasa kepada Jabatan Perikanan di Sabah mengeluarkan lesen bagi kapal dan peralatan memancing di lokasi menangkap ikan Zon C yang ketika ini dikendalikan di peringkat persekutuan.

“Pada asalnya, permintaan itu dikemukakan oleh kerajaan negeri Sabah namun MKMA63 telah meluluskannya dan ia akan turut diperluas ke Sarawak,” kata Ongkili. -Bernama

2 thoughts on “Majlis MA63 Setuju Status Sabah dan Sarawak Jadi Rakan Sekutu Semenanjung

Add yours

  1. Regarding Sarawak and Sabah position, MA63 is the Thing that need to be respected, by all of Malaysians, but Separatist like SSKM is no good for Malaysia, and As an Indonesian People, I’m stay committed to Support Malaysia efforts to guard Sabah and Sarawak from outside Forces of Evil that want to take Sarawak and Sabah away from Malaysia, (usually from The Philippines, and some Indonesians that have malicious agenda toward Malaysia) and Just Like China that always keep Xinjiang and Tibet and Hong Kong to be a part of China, and Malaysia must guard Sarawak and Sabah very well and must not bow down to separatist Demands, Peace from West Kalimantan.

    Liked by 2 people

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: