
Portal yang agak terkenal menulis berhubung Ahli-Ahli Parti Warisan yang belum menerima dana dari kerajaan seperti yang dijanjikan. Dijanjikan?
Portal itu merujuk kenyataan Ahli Parlimen daripada Parti Warisan yang berkata untuk tahun ini mereka selaku Ahli Parlimen Parti Warisan hanya menerima RM100 ribu.
Warisan ni lidah biawak betullah. Mereka tidak membuat kenyataan terbuka tapi disuarakan melalui portal elit seperti itu. Dengan harapan golongan yang agak profesional akan terus memihak mereka.
Hakikatnya mana mungkin Warisan turut menerima bantuan dana sedangkan mereka tidak menandatangani MoU. Bukan hanya tidak menurunkan tandatangan malah memanipulasi MoU berkenaan, sebagai tidak wajar untuk disokong oleh pembangkang. Tapi dalam masa yang sama tercari cari dimana dana yang dijanjikan pada pembangkang.
MoU yang ditandatangani oleh pemerintah dengan PKR, DAP dan Amanah itu antara lain mengandungi tiga hal utama.
Untuk mengadakan reformasi Parlimen, menurunkan sarat mengundi menjadi 18 tahun dan pembahagian peruntukan atau dana secara rata kepada semua ahli ahli Parlimen.
Presiden Warisan tidak ikut serta tapi mengharapkan imbuhan?
Nampak sangat terdesak, kepada penyokong atau pengundi di kawasan Warisan. Kamu berfikir dan bangkitlah, fikirkan diri dan keluarga anda. Undi yang kamu bagi itu bertujuan untuk membela masa depan anda, bukan semata mata menjadikan calon dari parti Warisan sebagai wakil rakyat. Tak kan kamu pula yang memelihara mereka, itu namanya memelihara Biawak hidup.
Sedangkan semasa Warisan menjadi kerajaan sudah ada tiga atau lima pemimpin dan penyokong mereka diheret ke Mahkamah kerana salah guna kuasa.
Tinggalkan Jawapan