Benar kah UMNO Membela Nasib Orang Melayu. Ahmad Maslan Mana?

Mana Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Mazlan yang selalu kelihatan bengap di mata rakyat. Dia juga salah seorang pemimpin UMNO yang tidak dinamakan berpolitik selagi tidak mengada-ngada dan tidak mempolitikkan bangsa Melayu.

Namun pada hakikatnya, lihat apa berlaku pada majoriti orang Melayu. Di kawasan yang diwakili oleh pemimpin Melayu UMNO pun masih wujud perkara seperti ini.

Bukan kemiskinan yang menjadi isu sebab miskin kaya ini sangat berkaitan dengan takdir yang sudah tertulis. Tetapi apa yang admin mahu alamatkan adalah kemunafikan yang dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu UMNO terhadap bangsa mereka, sejak sekian lama. Iyalah tidak henti henti menakutkan orang Melayu dengan kuasa yang tidak datang dari UMNO tetapi pengundi sendiri tidak mendapat keadilan.

Sebab itulah mungkin abang Perdana Menteri sendiri menubuhkan parti yang berteraskan kuasa. Parti Kuasa Rakyat (Kuasa). Iya kah?

Justeru sudah tentu orang orang Sabah ingin mendapatkan kepastian ni, begini kah UMNO menjaga dan membela nasib orang-orang Melayu. Ini kerana di Sabah tidak ada pula bangsa yang di panggil Melayu yang ada hanyalah bangsa bangsa yang berstatus Pribumi. Menjadi, kalau bangsa Melayu sendiri pun masih tidak terbela, ditipu apa lagi Sabahan yang bukan bangsa Melayu.

Kenaifan ini berlaku di Parlimen yang diwakili oleh Setiausaha Usaha Agung UMNO.


PONTIAN – Seorang ibu tunggal bersama anak perempuan yang menetap di Lorong Atap, Jalan Bakek di sini terpaksa tinggal dalam keadaan serba kekurangan di dalam sebuah rumah ­usang peninggalan arwah bapanya yang dibina sejak 30 tahun lalu.

Malah, dalam kejadian ribut yang melanda kawasan itu pada Jumaat lalu menyebabkan sebahagian atap rumah yang didiami Jamaliah Abdullah, 54, dan anaknya, Emelia Shahirah, 19, tercabut.

Setelah seminggu, keluarga itu masih mampu membaiki kerosakan tersebut dan terpaksa tinggal dalam kesejukan apabila air membasahi ruang di dalam rumah ketika hujan.

“Sudah seminggu atap rumah saya tercabut, tetapi bantuan untuk membaik pulih masih belum diterima, jika ada pun setakat mengambil gambar serta mencatat butiran peribadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, walaupun rumahnya dibina di atas tanah rizab Jabatan Pengairan Saliran (JPS) di tepi Sungai Pontian Kecil, namun dia membayar lesen pendudukan sementara (Tol) pada setiap tahun.

Katanya, dia tidak mempunyai tanah untuk membina rumah baharu dan kediaman yang diduduki sekarang adalah peninggalan arwah bapanya.

“Saya terkilan apabila ada pihak yang mempertikaikan status tanah yang kami duduki seolah-olah menghalang kami daripada menerima sebarang bentuk bantuan termasuk bencana alam.

“Bantuan lain ketika musim Covid-19 seperti bakul makanan yang dianjurkan oleh wakil-wakil rakyat pun tidak pernah sampai kecuali daripada Majlis Perbandaran Pontian,” ujarnya.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia kini menjual kuih-muih sebagai sumber pendapatan di Taman Sri Aman di sini dengan pulangan RM50 sehari.

Sementara itu, anak Jamaliah, Amirul Faizal Jumaat, 32, mendakwa, dia mendapat tahu banyak bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa ribut di Pontian baru-baru ini, namun tiada pihak yang tampil membantu ibunya.

“Saya hanya bekerja sebagai pembantu di gerai menjual ikan di Pasar Kecil dan pendapatan pun tidak seberapa, hanya cukup menampung kehidupan saya, isteri dan dua orang anak,” ujarnya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: