
Kelmarin berita pasal Adun Pitas, Ruddy yang menafikan berita palsu kononnya akan menyertai Warisan. Sebaliknya beliau akan terus setia bersama PPBM/Bersatu Sabah.
Ruddy adalah calon Bebas yang menewaskan calon UMNO dan Warisan pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.
Ramai orang tahu yang menyebarkan berita palsu itu adalah Warisan dan ia hanyalah permainan mereka.
Sebenarnya itu bukan permainan semata tapi itulah buktinya Warisan mulai terdesak. Warisan sedar dengan hanya menghasut wakil wakil rakyat GRS untuk menyertai mereka, maka Warisan akan dapat bertahan. Malangnya ia tidak akan berlaku malah sebaliknya yang terjadi.
Berita terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Yusof Yacob akan meninggalkan Warisan dan bersama GRS dalam kerajaan Sabah.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ialah sebuah gabungan parti politik yang diwujudkan di Sabah, Malaysia yang diasaskan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 September 2020 bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji adalah Ketua PPBM Sabah merangkap Pengerusi atau Ketua GRS Sabah.
Anggap saja perkembangan ini ialah kesinambungan dari usaha PPBM/Bersatu Sabah. Semua orang tahu yang menggugat kerajaan Warisan hingga membawa kepada pilihan raya negeri Sabah 2020 ialah Bersatu dan parti parti tempatan lain, dimana Datuk Hajiji selaku ketua dan Tan Sri Musa Aman adalah penaung.
Admin teringat satu kenyataan dari seorang penyokong Warisan, katanya orang kepercayaan Presiden Warisan pernah berkata pada mereka. Untuk menyelamatkan Warisan, Datuk Shafie harus berundur dan menyerahkan parti Warisan pada Datuk Jaujan kerana Shafie ini terlalu ramai musuh.
Sabah Maju Jaya.
Tinggalkan Jawapan