PN Tolak Permohonan LDP

KOTA KINABALU – Pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan untuk tidak menerima permohonan daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) bagi menyertai kerjasama itu.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan dilakukan di peringkat PN dan hasil daripada konsultasi.

“Kita ada bincang di peringkat PN dan selepas konsultasi kita buat dengan pihak Datuk Hajiji (Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor) rakan di sini, bahawa kita tidak menerima permohonan atau pun kita menolak permohonan dari LDP,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, permohonan daripada parti lain juga akan dinilai sama ada boleh menambah baik kedudukan atau sebaliknya.

“Kita akan kaji dan teliti,” katanya.

Pada Mac lalu, Majlis Tertinggi LDP memaklumkan bahawa telah meluluskan usul untuk menyertai PN dan keputusan itu diambil selepas melihat kesungguhan PN dalam menyelesaikan masalah rakyat.

FMT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: