Bersatu Sabah Tentu Haluan Sendiri Jika PPBM-UMNO Bertembung

Fahamlah kita bahawa buat masa ini musuh politik Bersatu di Sabah adalah Warisan dan pembangkang yang lain. Semoga ini berkekalan sehingga pilihan raya kelak.

Ini kerana GRS akan mengadakan rundingan bagi menentukan kerusi yang ditandangi dengan parti parti gabungan termasuk UMNO menjelang pilihan raya umum kelak. Ia bagi mengelakkan pertembungan atau pertandingan beberapa penjuru yang hanya akan menguntungkan pembangkang di negeri ini.

Sabah Maju Jaya.


KOTA KINABALU: Pertembungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO di peringkat Persekutuan mungkin tidak berlaku di Sabah susulan kerjasama sedia ada dalam kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan GRS untuk menentukan haluan sendiri bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, di peringkat negeri, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan rakan pimpinan GRS akan berbincang bagi menetapkan satu pendirian dan haluan yang jelas untuk menghadapi pilihan raya.

“Kami sudah berbincang dan Hajiji turut mendengar apa yang kita bincangkan. Kita percaya GRS sudah mewujudkan tanggapan yang baik sepanjang setahun GRS ditubuhkan dan pelbagai inisiatif dilaksanakan.

“Ini yang kita bincang supaya lebih jelas apakah Sabah akan berbeza dengan Semenanjung, saya pun tidak tahu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah hari ini.

Justeru, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, sama ada wujud kerjasama mahupun tidak, ia bergantung kepada hasil perbincangan yang diputuskan bersama rakan pimpinan GRS.

Muhyiddin turut memberi mandat kepada Hajiji selaku Pengerusi GRS untuk berbincang bersama rakan-rakan dalam GRS bagi menentukan pembahagian kerusi di Sabah.

“Saya mengiktiraf di Sabah unik serta ada sedikit kelainan dengan Semenanjung Malaysia. Fakta itu kita ambil kira supaya ada keputusan yang baik untuk semua,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bersatu bersedia bertembung dengan UMNO sekiranya UMNO kekal tidak mahu meneruskan kerjasama pada PRU-15.

“Kita dalam Bersatu sudah ada pendirian, kalau UMNO tidak mengubah keputusan itu maknanya, itulah keputusan yang mereka ambil. Maka, kalau kita terpaksa bertembung dan tiada cara untuk mengelakkannya jadi, kita akan menghadapinya.

“Itu realiti politik dan kita ada strategi dan cara kita. Saya fikir kita punya banyak pengalaman. Kita juga membuat pelbagai kajian dan penyelidikan mengenai respon rakyat kerana apa yang penting adalah kemahuan rakyat.

“Rakyat akan melihat bantuan yang diperlukan semasa pandemik Covid-19 dan mungkin mereka menilai langkah-langkah saya buat dahulu termasuk bantuan pakej rangsangan yang bernilai lebih RM530 bilion serta usaha yang diambil bagi menangani Covid-19,” katanya.

Tambah beliau, kedudukan Bersatu di Sabah terus diperkukuh kerana negeri ini antara yang terkuat dengan keahlian mencecah 108,000 orang dan masih ramai yang belum didaftarkan. – UTUSAN ONLINE 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: