Warisan Persoal Lantikan KM Hajiji Dia Ingat Shafie Kah Lantik Semberono

Ini cerita pula ni. si Saripuddin punya karangan kah ni atau benar dari kelompok kakitangan tukang sedut Warisan yang kebanyakannya tidak jelas.

Dia cakap kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji telah mencampuri pelantikan Puan Rafidah Datu Derin ke jawatan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

Apa yang mangkuk Saripuddin tahu faham pasal mendapat promosion kerana kecemerlangan dan sikap amanah yang ada pada seseorang hingga melayakkannya di lantik ke jawatan yang lebih tinggi?

Apa, mangkuk pembangkang itu ingat, pelantikan ini sama dengan pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Air Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Shafie kah?. Dimana kerajaan negeri terpaksa di heret ke Mahkamah Kota Kinabalu, akibat melantik orang yang tidak kompeten dan tidak pernah terlibat dalam pentadbiran kerajaan. Akhirnya Mahkamah mendapati Shafie telah melanggar ordinan kerajaan negeri Sabah. Oleh itu Mahkamah mengarahkan Shafie agar melucutkan Amarjit Singh dari jawatan Pengarah Air. Tapi Shafie enggan menerima keputusan Mahkamah, hanya selepas beberapa ketika barulah Amarjit Sing dipindahkan ke bahagian kewangan iaitu jawatan yang lebih tinggi. Hahaha! kepala batu!

Lantikan Amarjit Singh Sebagai Pengarah Air Negeri Sabah Tidak Sah

https://jalinluin.com/2019/10/09/lantikan-amarjit-singh-sebagai-pengarah-air-negeri-sabah-tidak-sah/

Jadi begini saja, ikut langkah berani pembangkang zaman Warisan. Tidak mengada ngada di media sosial semata mata tapi memfailkan ketidakpuasan hati di Mahkamah. Biar Mahkamah yang menentukannya.

Jangan pembangkang ingat kerajaan Perikatan Nasional ini seperti kerajaan Warisan yang terkenal “Cowboy” atau mentadbir seolah olah Sabah satu daerah kecil.

Zaman Warisan hanya untuk melantik ketua kampung dan ketua ketua masyarakat pun tunggang langgang. Kaki kelentong pun dilantik, bukan itu saja penagih syabu pun turut di lantik sebagai ketua kampung dan berbagai lagi jawatan yang tidak layak di sandang oleh mereka. Hasilnya semua orang yang terbabit porak peranda.

Itu yang kerajaan negeri Warisan tumbang pada pilihan raya negeri Sabah 2020 tumbang.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.