Lantikan Amarjit Singh Sebagai Pengarah Air Negeri Sabah Tidak Sah

Perlantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Air Negeri Sabah diistiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebentar tadi kerana melanggar S.3 Enakmen Bekalan Air 2003.

Sebelum ini bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee memberikan tempoh pada Pengarah Jabatan Air negeri Sabah, Amarjit Singh dan kerajaan negeri agar memfailkan afidavit berhubung saman beliau untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa perlantikan Amarjit Singh
sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah beberapa bulan yang lalu adalah menyalahi undang-undang atau tidak sah.

Oleh kerana itu Yong Teck Lee telah memulakan tindakan undang undang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu ke atas Amarjit Singh pada Ogos 2018.

Perkembangan ini merupakan tamparan hebat kepada penasihat-penasihat atau saja Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal dan sudah tentu telah memberikan gambaran yang tidak berapa cantik, seolah-olah pentadbiran kerajaan negeri mengenepikan peraturan atau prosedur yang sedia ada di dalam melaksanakan satu satu pembangunan.

Oleh itu jujur admin sampaikan, berdasarkan pemerhatian dan aduan yang admin terima bukan hanya daripada masyarakat tetapi juga dari penyokong atau jentera Warisan itu sendiri, bahawa mereka tidak selesa dengan keadaan yang ada sekarang. Tidak perlulah admin nyatakan di sini adakah keadaan itu merujuk pada kementerian tertentu tapi yang pasti mereka tidak selesa dan merasakan kerajaan sebelum ini adalah lebih baik.

Maka sudah tiba masanya buat kerajaan negeri untuk merombak kabinet dan memastikan YB PPBM Sabah terlibat didalam rombakan itu nanti. Supaya birokrasi birokrasi yang tidak berfungsi dapat diperbaiki dan kerajaan negeri dapat meneruskan pentadbiran dengan efisien kerana pada ketika itu pentadbiran sudah diisi oleh orang orang yang berkredibiliti dan berkemampuan.

Nah kalau tidak masalah besar kita, kekecewaan yang kecil lama kelamaan akan bertukar menjadi virus yang membunuh. Jangan pandang rendah pada kehendak masyarakat yang telah berjaya menumbangkan rejim UMNO yang cukup berkuasa dan berjasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s