Nampaknya rakyat dapat menghidu di sebalik keputusan u-turn yang dibuat oleh pengarah Pendaftar Pertubuhan ROS.
Sebelum ini yakni pada 06hb Ogos 2021 ROS mendapati permohonan menangguhkan pemilihan UMNO yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung UMNO sehingga 18 bulan sebagai tidak sah. Alasannya, kerana tempoh penggal bagi sesi 2018- 2021 telah berakhir pada 30hb Jun 2021.
Namun pada 30hb Ogos, ROS menukar keputusan, membenarkan UMNO menangguhkan pemilihan sehingga tahun 2022 iaitu 18 bulan seperti yang di mohon.
Beberapa kesempatan diambil sejak jawatan Perdana Menteri Malaysia di sandang oleh parti UMNO.
Keputusan flip flop itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat. Oleh itu mereka telah membuat laporan ke SPRM agar siasatan dapat dijalankan.
“Laporan itu dibuat oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan keputusan terbaru ROS dan percaya tokoh politik tertentu telah mempengaruhi keputusannya melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah. “Ketika dihubungi, ketua SPRM Azam Baki mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Sudah tentulah selepas ini SPRM akan membuat siasatan ke atas Pengarah ROS Jasri Kasim