Pembangkang mulai takut ni. Mereka dengar rakyat anti UMNO mulai tertanya tanya. Ke mana mereka akan dibawa dan apa akan berlaku pada kluster Mahkamah.
Beberapa bulan lalu rakyat anti UMNO dikejutkan dengan berita, pembentukan jajaran baru atau kerjasama PH dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi serta Najib Razak. Beberapa ketika selepas itu Zahid Hamidi dan 14 Ahli Parlimen meninggalkan Perikatan Nasional hingga memaksa Tan Sri Muhyiddin Yasin meletakkan jawatan Perdana Menteri.
Pembangkang baru teringat kot tentang misi rakyat menolak UMNO pada pilihan raya umum yang ke 14. Mereka mengundi Pakatan Harapan kerana menolak kleptokrasi, walau bagaimanapun sejak kerajaan baharu, tampaknya kedudukan kleptokrasi semakin hari semakin mengukuh.
Kleptokrasi tu apa, kleptokrasi adalah pemimpin UMNO yang terbabit dalam aktiviti salah guna kuasa atau penyelewengan wang rakyat dan sedang dibicarakan di Mahkamah.
Hari ini akibat salah langkah Anwar terpinga pinga dan tertanya tanya bila undi percaya di Parlimen dijalankan ke atas PM Ismail Sabri.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, belum ada petanda usul undi percaya akan diadakan di Parlimen setakat ini, walaupun Yang di-Pertuan Agong menitahkan perdana menteri baharu perlu menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti melalui undi percaya di Dewan Rakyat.
Beliau merujuk titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 18 Ogos lalu yang perdana menteri baharu perlu mengadakan usul undi percaya di Dewan Rakyat “secepat mungkin” bagi menunjukkan beliau mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.
Sultan Abdullah dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah menerima menghadapi ketua parti utama, termasuk Umno, PAS, Bersatu, PKR, DAP, Amanah, Warisan dan Pejuang pada 17 Ogos lalu, sehari selepas Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan perdana menteri.
Anwar berkata, Sultan Nazrin turut menitahkan undi percaya harus menjadi “first item” ketika Parlimen bersidang semula, yang turut dipersetujui semua ketua parti.
“Ketika pertemuan dengan Agong, Agong sendiri menyebut mesti melalui proses undi percaya.
“Tetapi sampai hari ini, tiada petanda akan diadakan usul undi percaya, malah sejurus selesai pertemuan, Ismail Sabri Yaakob berbisik kepada saya ‘mungkin tak perlu’.
“Saya jawab ini bukan soal perlu tak perlu, ini soal keperluan dasar untuk menguruskan keabsahan kerajaan dan ini dititah oleh Agong dan dipersetujui ketua-ketua parti,” kata Anwar dalam Webinar kebersamaan UPKO dalam Perjuangan Pakatan Harapan malam tadi.
Parlimen dijadualkan bersidang semula 13 Sept ini, selepas ditunda akibat Ismail menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kes Covid-19.