Rahman Dahlan Pintar Pintar “Buduh” Ini Kerajaan PN Lah

Pintar Buduh Jadi Gambar Pun Kecillah

Sejak kebelakangan ini UMNO sinonim dengan orang orang yang tampak pintar namun bila diikuti perjalanan politiknya ternyata orang itu hanyalah pintar pintar buduh, kata orang Sabah.

Orang seperti ini memang oportunis dan tidak memikirkan perasaan orang lain dan masa depan wadah yang menjadi rumahnya, yang penting tengkuknya lepas, apa jadi selepas itu kita sama sama tanggunglah.

Antara pemimpin UMNO Sabah yang ada sikap jelek seperti itu ialah si Abdul Rahman Dahlan yang menjadi bahan kita pada kali ini.

Pada pilihan raya umum yang lalu dia bertanding atas tiket UMNO di Parlimen Sepanggar tapi kecundang kepada calon dari Parti Warisan atau orang Semporna. Macam mana boleh kalah pada orang luar, apa lagi masa itu si Rahman memegang portfolio Menteri dan bertanding di kawasan yang bolehlah dikatakan di daerah kelahirannya.

Nampak benar ditolak oleh pengundi kan. Pun begitu masih dengan atitud jeleknya.

Baru baru ini si Rahman muncul dan menyangkal keberadaan Perikatan Nasional (PN) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Kononnya kerajaan Perikatan Nasional hanyalah gabungan Barisan Nasional, Perikatan Nasional, PBS dan Gabungan Parti Sarawak. Justru dia menyoal siapa yang memandai mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan Perikatan Nasional. Oleh kerana itu kerajaan yang ada pada hari ini bukan lagi kerajaan Perikatan Nasional.

Kalau kerajaan sebelum ini bukan Perikatan Nasionl habis itu barisan kabinetnya dipanggil apa?

Seorang Perdana Menteri mengasaskan satu pertubuhan atau gabungan yang akan diketuainya. Adakah gabungan itu tidak diiktiraf? nah kau saja Rahman Dahlan dari UMNO Sabah yang tidak mengiktirafnya. Sedangkan kau tu bukan siapa siapa dibandingkan Bung Mokhtar.

Mari kita rujuk Wikipedia, apa sebenarnya kerajaan Perikatan Nasional ini.

Perikatan Nasional (singkatan: PN) ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada lima parti komponen. Ia ditubuhkan rentetan daripada kemelut politik Malaysia dan bagi menghadapi Pilihan raya negeri Sabah yang berlaku pada tahun 2020. Parti ini didaftarkan pada 7 Ogos 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penyembuhan Kabinet Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan dibawah Registration Of Societies (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin Yassin yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional merupakan Kerajaan Pemerintah Malaysia.

Itulah jawabannya Rahman Dahlan. Perikatan Nasional bukannya gabungan haram sebaliknya gabungan yang diiktiraf serta bertanggungjawab menjalankan Malaysia dan melawan pandemik Covid 19. Kau saja tu yang tidak pandai bersyukur.

Macam mana si Rahman boleh bersikap angkuh sedangkan kerusi UMNO dari 114 Ahli Parlimen yang menyokong PM Ismail hanyalah 37 kerusi. Dia bangga dari sudut mana ni, bukannya memerintah kerna menang dalam Pilihan Raya pun. Hakikatnya parti lain yang memberikan kerjasama, seandainya beberapa dari mereka menarik balik sokongan maka merempatlah kau balik Rahman.

Jangan lupa Rahman Dahlan kau tu penyokong kepada 15 Ahli Parlimen UMNO yang mengkhianat kerajaan Perikatan Nasional. Dan PM Ismail Sabri pada ketika itu berada di pihak yang kau khianati. Oleh itu, secara moralnya kau tidak layak berada dibawah kepimpinannya, apa lagi membodeknya. Simpan sikit maruah tu untuk generasimu, kasihankan mereka. Alahai!

Sudahlah sebelum ini kau juga yang mengkhianati kepimpinan Bung Mokhtar selaku ketua UMNO Sabah. Kamu mendakwa Bung Mokhtar tidak layak mengetuai UMNO Sabah, sebab ada kes rasuah di Mahkamah.

Dalam pada itu ada yang mendakwa tujuan UMNO menimbulkan isu ini adalah untuk memancing kemarahan Bersatu, PAS dan GRS serta GPS. Dengan harapan mereka akan bertindak meninggalkan kerajaan PN yang diketuai PM Ismail Sabri. Lalu waktu itu Zahid selaku Presiden UMNO akan berpeluang mengheret PM Ismail untuk membentuk jajaran baru bersama Anwar Ibrahim dan DAP.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: