Amarjit Singh Keluar Warisan Sertai STAR

Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah era kerajaan Warisan Amarjit Singh sah menyertai parti STAR.

Betul kah berita ni? Macam musykil pula sebab gerak geri Warisan ni bukannya boleh diambil kisah sangat. Useless!

Orang kepercayaan Presiden Warisan, Shafie Apdal ni. Sanggup Shafie menidakkan keputusan Mahkamah, bilamana Mahkamah Kota Kinabalu mendapati perlantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Air Negeri Sabah sebagai tidak sah.

Kalau admin tidak silap selepas keputusan Mahkamah itu, Shafie mengarahkan Amarjit Singh agar meneruskan tugasnya sebagai pengarah air dan tidak lama selepas itu dia dinaikkan pangkat ke Bahagian Kewangan negeri Sabah.

Mungkin si Amarjit ni baru perasan selama ini Shafie hanyalah memperalatkannya untuk kepentingan kroni dan kerabat Shafie itu sendiri. Last last dia sendiri habuk pun tidak ada. Hahahah!

Amarjit Singh pernah bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi Warisan.

Sebelum ini seorang Naib Wira Warisan Pusat keluar meninggalkan Parti Warisan yang juga berbangsa India.

Mari kita tekuni alasan pemimpin dan laskar Warisan berhubung perkara ini. Apa agaknya kekurangan Amarjit Singh. Hahahah!

Warisan menuju kehancuran setelah ramai yang sedar siapa diri mereka dalam politik Warisan. Mahu tidak hanya Warisan ni dimana slogan perjuangan sering berubah mengikut sentimen semasa. Nampak sangat tidak ikhlas.

Diharap selepas ini bolehlah Amarjit Singh mendedahkan sesuatu yang gah melibatkan kepimpinan Warisan khususnya dalam sudut salahgunakuasa atau sebagainya. Memandangkan baru-baru ini SPRM ada menyiasat soal tender loji air di Semporna.

5 thoughts on “Amarjit Singh Keluar Warisan Sertai STAR

Add yours

  1. Reblogged this on JalinLuin.com and commented:

    Inilah buktinya Kerajaan Warisan gagal mengurus bekalan air bersih di Sabah.

    Mana mungkin Shafie Apdal bekas Ketua Menteri Sabah melepaskan orang kuatnya iaitu Pengarah Air Negeri Sabah. Jika dia berjaya mengurus bekalan air bersih ini kerana tidak ada pihak atau individu yang layak bercakap soal apa yang dia telah lakukan berhubung bekalan air selama dua tahun lebih, selain Pengarah Air Negeri Sabah itu sendiri.

    Tapi memang tidak ada pun silap-silap. Akan ada skandal yang terbongkar jika kehendaknya meninggalkan Parti Warisan tidak direstui.

    Tapi hari ini penyokong dan macai warisan macam mabuk ketum menyalahkan orang lain.

    Orang lain iaitu kerajaan GRS yang sedang bertungkus lumus menyelesaikan masalah rakyat Sabah pula yang dipersalahkan.

    Like

    1. Mula-mula kenalah dia berani mendedahkan salah laku kerajaan Warisan sebelum ini. Terutamanya bab projek bekalan air.

      Waktu itu nanti kita backup.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: