Cadang Bantuan ‘RM1,000 Untuk Penduduk Terlibat PKPD Akan Dibincangkan

TAWAU: Penduduk di 14 lokaliti yang masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memohon kerajaan negeri memberikan bantuan sekali beri RM1,000.

Ini kerana, disebabkan PKPD, mereka tidak dapat keluar bekerja, sedangkan masih perlu menanggung komitmen hidup seperti biasa termasuk bayaran utiliti seperti, bil air, bil elektrik selain keperluan makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata cadangan yang diterima daripada penduduk terkesan itu akan dibawanya ke peringkat atasan untuk tindakan kerajaan negeri.

“Kita sedia maklum masalah yang dihadapi penduduk yang terkesan dan terputus punca pendapatan berikutan PKPD ini.

“Sebagai salah seorang pemimpin dalam kerajaan negeri Sabah, perkara ini akan saya bawa ke peringkat atasan untuk tindakan kerajaan negeri, agar mereka dapat dibantu,” katanya.


Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah Tawau di Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya juga sedia maklum situasi di daerah Tawau yang sebelum ini mencetuskan tunjuk perasaan oleh tujuh individu yang membantah pelaksanaan lanjutan PKPD di kampung Muhibbah Raya pada Sabtu lalu.


Beliau berharap penduduk bertenang dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.c

“Saya harap penduduk bertenang dan mengamalkan pematuhan SOP agar penularan wabak ini dapat kita putuskan segera,” katanya.

Sabtu lalu, tujuh individu ditahan polis kerana terlibat perhimpunan aman membantah lanjutan PKPD di Kampung Muhibbah Raya Tawau.

Mereka yang merupakan bukan penduduk kampung Muhibbah Raya Tawau, menyuarakan masalah yang dihadapi keluarga mereka yang tinggal di kampung berkenaan kerana tidak dapat keluar mencari rezeki bagi menampung keperluan hidup. – AWANI


Dulu era kerajaan Warisan khususnya Ketua Menteri mereka Shafie Apdal bila ada cadangan seperti ini dari pembangkang. Tahu apa dia cakap, jangan campur tangan dia tahu apa yang dia buat.

Tapi semasa agihan bantuan One-Off RM300 kerajaan Warisan, ramai yang merungut. Merungut kerana nama mereka tidak wujud, ada juga yang merungut kerana bantuan tunai mereka telah di seleweng oleh orang dalam.

Sekarang mereka nak sembang kari, seorang wakil rakyat Warisan mencadangkan sekiranya bantuan ini diberikan pada masyarakat Sabah walaupun mereka tidak terlibat dengan PKPD. Dulu bukan hanya gagal mentadbir tapi secara nyata Ketua Menteri Shafie meminta pada rakyat Sabah agar jangan terlalu mengharapkan bantuan kerajaan.

Nah jangan ada yang menafikannya. Pergilah Google dan cek balik hansard atau kenyataan rasmi pembangkang di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah era Warisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.