Jaffari Waliam Bersama 12,743 Sertai PPBM Sabah

Ketua Badan Pimpinan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semalam menerima 12,744 borang permohonan bagi menyertai parti itu.


Borang keahlian itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Encik Jaffari Waliam dan ketua kumpulan masing-masing pada majlis ringkas selepas Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah di Sabah InternationalConventionCentre (SICC) di sini.


Mereka yang menyertai BERSATU terdiri daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah menyertai NGO’s -Penggerak Komuniti Negara (PKN) di Sabah.


Jaffari adalah bekas Ketua Bahagian PKR Libaran dan kini merupakan Pengerusi PKN Kawasan Libaran.


Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah mengalu-alukan penyertaan Jaffari dan ahli-ahli PKN di Sabah dalam BERSATU.


“Dengan penyertaan mereka, sudah tentu BERSATU Sabah akan bertambah kuat dan sekaligus diterima serta semakin mendapat tempat di hati rakyat.


“BERSATU kini berkembang mekar di Sabah. Teras perjuangan kita adalah untuk rakyat dan memenuhi aspirasi mereka”, katanya.


Sementara itu, Jaffari berkata, beliau bersama 13 Pengerusi dan ahli-ahli PKN Sabah, termasuk Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tenom, Keningau, Labuan dan Sipitang sepakat menyertai BERSATU.


Tahniah, barulah selepas ini Sandakan tu ada cerita. Dimana Sandakan tidak lagi menjadi kubu kuat kepada Parti Warisan dan DAP. Ada lawanlah kan!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.