Junz Wong Bohong Hakikatnya Rakyat Sabah Terpaksa Bayar Saman RM315 Juta – Gangguan Air

Naib Presiden parti Warisan, Junz Wong rasanya wakil rakyat paling mangkuk di Sabah. Kenapa saya katakan paling mangkuk sebab hampir tidak ada kritikannya yang membina.

Tandas pun dia jadikan  isu, hakikatnya semasa Warisan saya sering travel dan tandas yang dia maksudkan macam bau mayat, akibat lapangan terbang mengalami  gangguan air. Nampak tak?

Ketika Junz Wong mengkritik kerajaan GRS, dia lupa  kerajaannya cuba mengubah Sabah tapi gagal malah hanya menyusahkan kerajaan selepas mereka.

Junz Wong seperti pemimpin dan macai Warisan lain mengkritik kerajaan GRS, kononnya sudah empat tahun tapi gagal menangani gangguan air.

Kritikan itu susulan pendedahan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, apa bila tidak lagi menahan fitnah dan pembohongan pihak Warisan.

Bahwa gangguan air semakin memburuk apa bila kerajaan Warisan atau Shafie menukar sembilan syarikat konsesi air yang berkemahiran dan berpengalaman dengan syarikat kroni yang tidak berprestasi.

Akibat tidak menghormati peraturan kontrak, kerajaan GRS terpaksa membayar saman syarikat yang dibuang sebanyak RM315 juta.

RM315 juta itu wang rakyat tau, wang rakyat Sabah, ertinya Shafie sanggup mengorbankan hak rakyat demi kepentingan diri mereka. Sikap dan pemikiran yang sangat tidak bertanggungjawab. Ini terbukti bila Junz Wong selaku Naib Presiden parti Warisan, terus  menyalahkan kerajaan GRS atau Ketua Menteri Sabah, sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti link dibawah.

Warisan punca masalah air bertambah teruk (Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah)

Warisan Punca Masalah Air Bertambah Teruk

Hakikatnya  mereka sedar kerajaan GRS berjaya menangani gangguan air walaupun terpaksa berhadapan dengan birokrasi yang timbul akibat ketamakan kroni dan kerabat Shafie Apdal.

Semasa kerajaan Warisan, gangguan air kerap berlaku, terutamanya di pantai timur. Dikatakan di Semporna sampai dua minggu tiada bekalan air. Ini bukan fitnah, pendedahan dibuat oleh pengundi Warisan.

Premis Hospital, Universiti turut menghadapi gangguan air, semasa kerajaan Warisan. Ini juga fakta.

Gangguan Air UMS pada 2019, Mana Memorandum Mahasiswa Sengal, Pemimpin Plastik UMNO Warisan?

Semasa kerajaan Warisan, berlaku pergaduhan gara gara gangguan air yang berlaku di Tawau.

Komuniti Tawau Bergaduh Kerana Gangguan Bekalan Air

Mungkin ramai yang belum tahu cerita Amarjit Singh selaku Pengarah Jabatan Air Sabah era kerajaan Warisan.

Dia ketika itu cuba menyelesaikan gangguan air disebabkan pemasangan paip haram di sekitar Kota Kinabalu. Tapi tidak kemana bila usahanya dihentikan.

Setelah kerajaan Warisan tumbang dia menyertai Parti STAR, beberapa lama selepas itu dia dilantik sebagai,

Amarjit Singh Keluar Warisan Sertai STAR

Amarjit Singh Bekas Pengarah Air Era Warisan, Kini Task Force Air Dan Letrik

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading