
Kerajaan Perikatan Nasional berjanji untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak mengikut perjanjian Malaysia 1963. Begitu janji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap rakyat di dua negeri ini.
Bagaimanapun Perdana Menteri menegaskan untuk merealisasikan janjinya itu, kerajaan Perikatan Nasional perlu mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bagi memindah perlembagaan.
Jika menang besar dalam pilihanraya umum akan yang datang. Maka pasti hak hak Sabah dan Sarawak berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 akan diberikan atau ditunaikan.
Perdana Menteri berkata sedemikian atau berjanji ketika mengulas permintaan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg supaya perkara 160 (2) perlembagaan persekutuan dipinda. Kerana frasa Persekutuan di dalamnya merujuk kepada perjanjian Persekutuan tanah Melayu 1957.
Malah dalam ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika lawatannya ke negeri Sarawak, menyatakan dengan jelas. Bahawa beliau menyedari Sabah dan Sarawak bukan sekadar negeri tetapi merupakan Wilayah di dalam Malaysia.
Jadi tunggu apa lagi kawan, mari kita berikan sokongan pada parti parti kompenan yang ada di dalam Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak.
Tinggalkan Jawapan