Hasil Mesyuarat MPT Bersatu Berkaitan Keputusan UMNO Tidak Berkerjasama Dengan PN

Dibawah ada lapan perkara yang diputuskan melalui mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu yang berlangsung sebentar tadi susulan hasrat UMNO memutuskan kerjasama dengan Perikatan Nasional.

UMNO merasakan sudah cukup kuat dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang tanpa kerjasama daripada parti parti komponen yang ada dalam Perikatan Nasional.

1. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada hari ini telah dipengerusikan oleh Presiden, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin.

2. Dalam mesyuarat tersebut, BERSATU menzahirkan kesyukuran atas kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional menempuhi tempoh satu tahun mentadbir negara.

3. Dalam tempoh pentadbiran satu tahun itu, Kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya menjulang prinsip-prinsip urus tadbir kerajaan yang baik, telus serta berintegriti terutamanya dalam memelihara kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

4. Dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan situasi ekonomi yang mencabar, kestabilan politik adalah amat penting bagi memastikan segala perancangan kerajaan dapat direalisasikan dengan berkesan.

5. Justeru, BERSATU mengucapkan terima kasih kepada semua parti politik yang setia dan istiqomah dalam mendokong serta mempertahankan aspirasi Kerajaan Perikatan Nasional.

6. Berhubung surat yang dihantar oleh Presiden UMNO bertarikh 26 Februari 2021, BERSATU memandang serius terhadap kandungan surat tersebut kerana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di masa hadapan antara UMNO, BERSATU dan Perikatan Nasional.

7. Dalam hal ini, BERSATU memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam Parti Perikatan Nasional iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN berlandaskan perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihanraya akan datang.

8. BERSATU juga berpendirian bahawa Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat.

DATO SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Pribumi BERSATU Malaysia
4 Mac 2021, Putrajaya

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.