Berkenaan Penggunaan Kapal Non Convention Ship Bagi Aktviti Barter Trade Dan Transhipment

KENYATAAN MEDIA
YAB KETUA MENTERI SABAH

Aktiviti barter trade dan transhipment merupakan salah satu aktiviti yang menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah. Aktiviti ekonomi barter trade dan transhipment pada umumnya menggunakan mod pengangkutan kapal Non-Convention Ship (NCS) / kumpit bagi membawa barangan dari Sabah ke Filipina dan Indonesia serta sebaliknya.

Bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dari luar negara, penggunaan kapal NCS / kumpit bagi aktiviti ekonomi barter trade dan transhipment ini telah digantung seketika sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Seluruh Sabah dikuatkuasakan pada 13 Oktober 2020. Dalam tempoh ini hanya kapal Convention Ship sahaja dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perniagaan di bawah aktivit transhipment. Walau bagaimanapun, peniaga-peniaga yang terlibat dalam aktiviti ekonomi ini berdepan kesukaran untuk menggunakan kapal Convention Ship bagi aktiviti ini memandangkan pelabuhan-pelabuhan di Selatan Filipina tidak mempunyai kemudahan untuk kapal-kapal Convention Ship.

Setelah melalui penilaian dan pertimbangan daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Sabah melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah Bil. 3/2021 yang bermesyuarat pada 2 Mac 2021 (Selasa), Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan pergerakan kapal-kapal NCS/ kumpit Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan ESSZONE, Sabah dan semua kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZONE ke Filipina dan Indonesia bagi aktiviti barter trade dan transhipment bermula 5 Mac 2021 (Jumaat). Semua pemain ekonomi dalam sektor ini hendaklah sentiasa mematuhi SOP yang ketat bagi mengelakkan wujudnya kluster-kluster baharu kelak.

Semua pemain ekonomi dalam sektor ini hendaklah memastikan:
1. semua kru kapal bebas daripada jangkitan COVID-19;
2. semua kru tidak dibenarkan turun ke daratan dan proses pemunggahan hendaklah dilakukan oleh syarikat tempatan;
3. semua kapal yang masuk dan keluar hendaklah melalui designated road yang telah ditetapkan; dan
4. mematuhi SOP, peraturan serta perundangan yang sedang berkuatkuasa.
Adalah diharapkan dengan kebenaran ini, para peniaga dan pengusaha yang terlibat dalam ekonomi barter trade dan transhipment dapat kembali bangkit dan menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah. Sentiasa patuh pada SOP yang ditetapkan, agar selain daripada bangkit daripada ekonomi, kita juga dapat memutuskan penularan COVID-19 di negeri ini.



YAB KETUA MENTERI SABAH
2 MAC 2021
“SABAH MAJU JAYA”

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.