Siaran Media, Setahun Sabah Dibawah Kerajaan GRS

Siaran Media
1 MAC 2021

TAWAU: Rakyat Sabah telah membuat keputusan tepat memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan menerajui Sabah, sejajar dengan pentingnya negeri sealiran dengan kerajaan Persekutuan.

Kemenangan GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) membuka jalan kepada kewujudan persefahaman dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan Persekutuan yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu sempena Setahun Malaysia Prihatin hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, bagi pihak kerajaan GRS dan rakyat negeri ini mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutama Perdana Menteri atas keprihatinan kepada negeri ini.

“Sabah menerima pelbagai bantuan untuk meningkatkan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19. Ini membuktikan kepentingan dan keperluan Sabah adalah keutamaan kepada kerajaan Persekutuan.

“Justeru, mewakili kerajaan GRS dan seluruh rakyat negeri ini, kami merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri atas kejayaan dan bantuan kepada rakyat negara ini, terutama ketika berdepan cabaran penularan pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini.

“Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban rakyat Malaysia di Sabah dan saya berharap berharap kerjasama dan bantuan daripada kerajaan Persekutuan akan berterusan.”

Sementara itu, Muhyiddin dalam amanatnya sempena ulang tahun setahun Perikatan Nasional, hari ini, menyatakan kawalan sempadan menjadi antara agenda utama kerajaan dengan menambah aset dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi untuk di tempatkan di sepanjang sempadan termasuk di Sabah, menerusi pendekatan lima sempadan hadapan.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan bersama agensi berkaitan akan mengambil tindakan untuk meningkatkan capaian internet terutama di Sabah dan Sarawak dengan inisiatif Jalinan Digital Nasional (JENDELA) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)

TAMAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.