Warisan Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong – ADUN Sebatik

Hari ini viral satu rakaman video yang menunjukkan Yb Hassan A Gani sedang mengangkat sumpah taat setianya kepada parti. Waktu itu belum lagi bergelar Wakil Rakyat atau Yang Berhormat pun.

Acara angkat sumpah itu hanyalah inisiatif parti Warisan sempena penyerahan watikah sebagai calon untuk bertanding di DUN Sebatik pada Pilihan Raya Negeri Sabah, baru-baru ini.

Itu bermakna sumpah pada ketika itu hanyalah syarat yang ditetapkan oleh parti Warisan. Bukannya syarat yang ditetapkan oleh SPR jika ingin menjadi calon pilihan raya.

Jadi apa tujuan rakaman itu diviralkan oleh kepimpinan Warisan, untuk membatalkan tindakan Adun Sebatik, Hassan A Gani?

Pada Khamis lalu Hassan A Gani selaku Wakil Rakyat untuk DUN telah mengisytiharkan dirinya keluar dari parti Warisan dan menyokong Kerajaan Negeri Sabah, Perikatan Nasional. Selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan Parti Warisan yang hanya sibuk berpolitik hingga lupa tanggungjawab mereka kepada rakyat atau pengundi di kawasan mereka.

Kerja orang yang cetek pengetahuan am dan tidak memahami bagaimana selama ini politik berjalan. Apa mahu main halang oh, orang sudah tidak percaya biarkanlah dia pergi. Demokrasi apa yang diamalkan oleh Parti Warisan ni. Dimana kebebasan bersuara dan berpendapat?

Andai kata Parti Warisan terkait dalam satu kes lalu pendaftarannya dibatalkan oleh ROS. Waktu itu apa agaknya status wakil wakil rakyat Parti Warisan, jika kesetiaan kepada parti adalah syarat untuk menjadi wakil rakyat, DUN dikosongkan?

Satu lagi fakta yang patut diketahui oleh Warisan. Adun Kuamut, Masiung Banah pernah keluar masuk BN ke Warisan dan keluar balik. Tapi dalam pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini dia bertanding atas tiket Bebas dan mendapat kemenangan, mengalahkan calon daripada Warisan dan UMNO.

Itu membuktikan kemenangan calon bukan disebabkan oleh faktor parti semata-mata tetapi ada lagi yang lebih utama dari itu iaitu kredibiliti calon.

Jadi tindakan Presiden Parti Warisan, Shafie menghalang wakil rakyat meninggalkan Partinya adalah tindakan yang tidak demokratik, ketinggalan zaman. Apa lagi sebelum ini pernah mendabik dada bahawa dia tidak akan menghalang mana-mana wakil rakyat meninggalkan kerajaan Warisan pada waktu itu. Sekarang apa cerita? cakap tidak serupa bikin.

Warisan ni ibarat peribahasa hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. πŸ˜…

2 comments

  1. Kami sekadar mempertahankan kedudukan dan kewibawaan ADUN. Kalau dia sudah nekad gara2 kehabisan duit, dan gaji ADUN baginya tidak cukup, bah pergilah lagipun Abdul Gani ini pada kami tidak ikhlas dan tidak ada jati diri sebagai OAS yg mahu mempertahankan party tempatan. Lagi satu, harga dan nilai SD itu cukup mahal dan Gani berpuas hati bila dapat habuan dari GRS atau PN. Dia mungkiri ikrar taat setianya pada party kemungkinan besar kerana tidak cukup makan. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada pembelot ini. Ada juga pengganti di kalangan yang lebih jujur dan kredibel dari orang ini.

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: