Warisan Mau Terbang Ke Malaya Pula?

Warisan mahu terbang ke Malaya pula. Dimana ada golongan yang sanggup membelakangkan akal mereka maka disitulah Warisan cuba bertenggek. Begitu kah?

Jadi kemana sudah slogan agung parti Warisan, Sabah Ubah. Dalam tong sampah mana? Baik mereka kutip balik sebab tidak ada tu orang luar yang sanggup membuangnya ke tapak pelupusan.

Menurut Setiausaha Agung Parti Warisan Loretta Padua. Warisan akan menebarkan sayapnya hingga ke Semenanjung. Itulah buktinya Warisan sebuah parti yang kuat.

Kuat? Kuat kerana disokong oleh golongan yang membelakangkan akal mereka, itu kuat? Percayalah satu satu negara itu tidak akan maju jika yang menentukan parti yang memerintah adalah golongan seperti itu. Lihat saja kawasan-kawasan yang menjadi kubo kuat Warisan, Bukan ada perubahan pun, walaupun pemimpin yang mereka agungkan pernah memegang portfolio Menteri KKLW dan sebagai Ketua Menteri Sabah. Yang orang luar nampak hanyalah kroni dan kerabatnya yang bermegah megah, lepas itu dihormat seperti orang yang berotak. Memalukan diri sendiri saja.

Dulu bukan main lancang lagi menidakkan kehadiran parti parti politik daripada Semenanjung hingga ada dikalangan penyokong Warisan yang hilang akal sanggup memainkan sentimen bangsa supaya nampak benar parti mereka ingin membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Admin pun mereka cuba propagandakan. Hahaha!

Apa jentera Warisan kata pada rakyat Sabah, sesiapa yang menyokong parti parti daripada Semenanjung. Maka mereka bukannya Sabahan sebenar kerana sanggup melihat kekayaan negeri ini di sedut oleh Malaya.

Walaupun pada masa yang sama admin telah menulis banyak entri bagi membuktikan pembohongan propaganda Parti Warisan. Tapi sengaja mereka tidak mempercayainya. Punyalah tolol.

Nasib baiklah Rakyat Sabah ni jauh lebih cerdik berbanding kebanyakan jentera Warisan. Itu yang kita sempat menyaksikan kejatuhan kerajaan Warisan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

Warisan tu hanya sesuai disokong oleh orang-orang yang oportunis dan orang-orang yang membelakangkan akal sihat mereka.

Yang peliknya Rakyat Sabah masih belum nampak siapa mereka. Yang ada dalam Warisan tu, ibu mereka pun sanggup mereka bunuh demi duit atau harta. Jangan cerita bab rasa malu dan bersalah, itu memang tidak ada yang penting nampak bergaya walaupun pada hakikatnya papa.

Tapi kan kalau dikira secara logik ngam juga Warisan cuba bertapak di Semenanjung. Ini kerana yang mendapat keuntungan besar semasa Warisan menjadi pemerintah ialah pengikut-pengikut Presiden Warisan yang berasal daripada sana. Itu yang admin tergelak besar bila melihat telatah jentera Parti Warisan, pandai pandai bercakap pasal Sabah For Sabahan atau Sabah Ubah, dia sendiri dianggap bodoh.

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.