
Wahhh. Baru saja semalam admin mengkritik balas kenyataan yang diviralkan oleh MP Kalabakan dan jentera Warisan. Hari ini terbaca satu lagi kenyataan cakap tidak serupa bikin daripada bos mereka. Kononnya kerajaan Perikatan Nasional gagal. Klik links dibawah.
Warisan buat perbandingan tolol antara Kerajaan GRS dan Warisan
Mari kita bagi sedikit ulasan.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Shafie itu secara langsung menggambarkan betapa tidak berkualitinya kepimpinan Warisan. Tidak menunjukkan masih ada secebis daging dalam diri mereka yang berfungsi untuk merasa malu dan rasa bersalah bilamana gagal memikul tanggungjawab mereka.
Kenape admin katakan demikian sebab kerajaan Warisan adalah kerajaan yang gagal dari semua sudut. Semua janji manifesto pada pilihan raya umum yang lepas satupun tidak ada yang berjaya ditunaikan. Ambil contoh manifesto tanah Felda di Sabah akan diambil dan diserahkan pada rakyat Sabah.
Apa yang berlaku tanah tanah yang diproses di zaman BN pula yang diserahkan oleh kerajaan Warisan dan dituntut sebagai usaha mereka. Bikin malu saja.
Begitu juga dengan manifesto menuntut 95% royalti minyak daripada Petronas. Memang tidak adalah. 😅
Antara kegagalan Perikatan Nasional yang didakwa oleh Datuk Shafie.
Kadar pengangguran meningkat sebanyak 4.8 % pada Disember tahun lalu.
Bolehnya mempolitikkan kadar pengangguran sedangkan satu dunia terpaksa berhadapan dengan pendemik Covid-19 menyebabkan ekonomi satu satu negara terjejas teruk. Jangankan dari konteks negara, hanya Sabah semasa dibawah kerajaan Warisan pun gagal menyebabkan banyak pengusaha pelancongan terduduk. Adakah hal ini tidak menyebabkan berlaku pengangguran?
Faktor lain yang kita boleh tekankan di sini ialah oleh kerana tenaga buruh mudah didapat dan murah di negara jiran Indonesia, maka sudah tentulah ia menjadi daya penarik pada pelabur asing. Jadi jangan ada yang berlagak pelik bila mendapat tahu ada syarikat luar negara yang selama ini beroperasi di Malaysia berpindah ke negara jiran Indonesia. Ia tidak disebabkan oleh kekangan birokrasi atau kerana kerajaan gagal melayan mereka.
Shafie juga mendakwa kerajaan Perikatan Nasional gagal kerana mengabaikan janji untuk memberikan komputer riba kepada 150 ribu murid seperti yang dihebahkan semasa pembentangan belanjawan 2021.
Kita baru berada di bulan ke-2 tahun 2021. Kerajaan sedang sibuk mengurus Vaksin Covid-19 yang menuntut pembelanjaan yang lebih besar dalam masa yang sama kerajaan terus berhadapan dengan dengan ancaman Covid-19 itu sendiri. Itu belum lagi kos mengurus operasi menyuntik Vaksin Covid-19.
Jadi sebagai pembangkang Presiden Warisan kenalah faham. Janganlah sengaja membuat tuduhan yang mengada-ngada. Alahai. Pasti saja pembelian komputer riba itu akan ditunaikan.
Pasal peruntukan untuk ahli Parlimen, ini juga melucukan. Shafie mempersoalkan kenapa peruntukan yang diberikan pada mereka selaku ahli Parlimen Pembangkang kurang berbanding ahli Parlimen Kerajaan.
Macam tidak biasa pula, adakah semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan Warisan peruntukan yang disalurkan pada Ahli-ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri Sabah sama banyak tanpa mengira pembangkang atau kerajaan?
Tidak usahlah jual temberang tu. Di zaman kerajaan Warisan bukan hanya peruntukan tidak diberikan secara rata tapi hanya untuk mendengar nasihat daripada pembangkang pun, kerajaan negeri tidak sanggup menerimanya. Walaupun nasihat itu untuk kebaikan rakyat Sabah.
Benar persepsi orang ramai, bagaimana sikap dan pemikiran ketua mereka begitu jugalah jentera Warisan di peringkat akar umbi. Penuh adu domba fitnah dan mengada-ngada. Yang tidak dibuat orang mereka katakan sebaliknya, kejahatan yang mereka lakukan dipalingkan pada orang lain.
Jangan saja pandai menyalahkan kerajaan tapi kamu selaku Ahli Parlimen yang mewakili pembangkang, pikul juga tanggungjawab itu, keluarkan simpanan yang ada berikan pada rakyat.
Amboi dulu bukan main lagi. Ketua Menteri Shafie semasa berucap mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak lagi bergantung pada kerajaan atau jangan lagi berharap pada bantuan kerajaan. Shafie juga mengingatkan agar jangan lagi membuat permohonan projek. Tahu tahu kroni dan kerabatnya mandi-manda dengan projek dan hari ini dia menuntut kerajaan perikatan Nasional agar menjaga kebajikan rakyat. Hemmm!
Pokoknya Warisan atau Shafie ni suka mengata orang tapi mereka yang lebih. Hipokrasi.
Mana yang lebih lama memerintah, Perikatan Nasional yang baru berumur setahun lebih atau kerajaan Warisan yang berumur dua tahun setengah. Justeru mana yang lebih layak dipertanggungjawabkan hal-hal yang dibangkitkan di atas?
Ya benar politik itu kadang-kadang memerlukan sikap yang hipokrit, perkara yang anda tidak buat anda katakan sebaliknya. Seperti yang dilakukan oleh kerajaan Warisan, kerajaan lain yang bersungguh sungguh membina prasarana untuk kebaikan rakyat, mereka hanya merasmikannya. Dalam masa yang sama mereka mendabik dada kononnya kerajaan Warisan tidak mementingkan bangunan pencakar langit hanya kerana mereka gagal melakukannya. He!
Semua orang tahu antara visi dan misi kerajaan Perikatan Nasional ialah memartabatkan konstitusi. Konstitusi itu seperti sistem kehakiman, sistem keselamatan dan Agensi-agensi perkhidmatan awam, baik milik kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Ini semua adalah alat sesebuah negara dengan memperkasakan sektor ini membolehkan rakyat mendapat keadilan dan layanan yang sewajarnya tanpa mengira jenis status seseorang. Bukan macam kerajaan Warisan sebelum ini segala-galanya dikaitkan dengan parti akhirnya berlaku ketidakadilan, penyokong yang berada di peringkat akar umbi terus hidup segan mati tak mahu sebaliknya kelebihan hanya dikecapi oleh kroni dan kerabat Warisan.
Admin teringat propaganda yang dimainkan oleh Warisan ketika mereka mula mula bertapak di Sabah. Kandungannya seperti ini juga menyentuh ekonomi rakyat walaupun pada ketika itu beribu bantuan telah dihulurkan oleh kerajaan pada rakyat jelata termasuklah keatas pentaksub Shafie.
Sebab Warisan gagal melakukan perubahan pada negeri dan rakyat Sabah. Mereka sekarang menjadi pembangkang kampung kampung. Haha 😅