Warisan Buat Perbandingan Tolol Antara Kerajaan GRS Dan Warisan

Apa kayu ukur pemimpin atau jentera Warisan ketika membuat penilaian diantara kerajaan mereka sebelum ini dan kerajaan hari ini GRS. Sedangkan mereka gagal melakukan perubahan keatas rakyat dan negeri ini.

Terdahulu admin terbaca satu artikel yang dikongsi oleh Ahli Parlimen Kalabakan. Antara lain yang ditulis dalam artikel itu menyatakan kononnya kerajaan negeri GRS tidak ada perancangan yang baik terhadap rakyat di negeri ini berbanding kerajaan Warisan. Mereka kononnya telah memberikan geran tanah pada orang kampung sedangkan kononnya kerajaan GRS memberikan tanah pada Persekutuan.

Kuat betul mengarang cerita dongeng, para mangkuk ni. Hahaha!

Warisan juga mendakwa kerajaan negeri memanipulasi hasil bumi negeri Sabah bagi mendapatkan faedah politik. Manakala kononnya mantan Ketua Menteri Datuk Shafie Apdal berprinsip sederhana sesuai dengan keperluan rakyat dengan tidak kononnya membina bangunan pencakar langit dan mengharapkan bantuan dari Persekutuan.

Ibarat memancing tapi tidak disangkutkan umpan. Lepas itu balik ke rumah membawa sebakul ikan sebagai hasil tangkapan. Ya mungkin mereka boleh membohongi orang orang yang terdekat tapi tidak orang luar atau peniaga di pasar ikan.

Lucu sangat lah tu bila parti seperti Warisan menafikan faedah politik dalam kerja politik. Selama ini apa yang tidak dilakukan oleh kerajaan Warisan tanpa melibatkan Parti Warisan. Hanya untuk meraikan pesta Kobis di Ranau pun, bendera Warisan berada di mana-mana, macam berada diambang pilihanraya.

Begitu juga bila menghadiri perbicaraan pemimpin Warisan di Mahkamah, tidak sah kalau bendera Warisan tidak berkibaran. Hahaha!

Warisan dan sikap yang hipokrit tidak boleh dipisahkan. Macam aur dan tebing.

Menjadi tanda tanya apa yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor atau kepimpinan negeri ke atas hasil bumi negeri Sabah?

Pasal geran tanah yang diberikan kepada agensi kerajaan persekutuan itu kah. Hal ini telah dijelaskan sendiri oleh pihak yang terbabit. Baca links dibawah.

Penjelasan Berhubung Pemberian Geran Tanah Pada Agensi Persekutuan

Menuntut cukai produk petroleum pun hanya terealisasi bila Sabah diperintah oleh GRS, sebelum ini kerajaan Warisan hanya menuntut dalam ketakutan. Hal ini didedahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing yang menjadi rakan kerajaan negeri Warisan ketika menuntut cukai produk Petroleum dari Petronas.

Akur sajalah 2 tahun setengah Warisan menjadi kerajaan negeri, satu batang tiang pun gagal dipacakkan. Jangankan tiang untuk membina bangunan pencakar langit. Hanya untuk membina semula rumah rumah terbakar di tapak asal pun tidak ada, walhal melibatkan penyokong tegarnya yang mencecah ribuan orang. Sedangkan kawasan atau perkampungan yang menjadi permastautinan kroni kroni Warisan, bagus kalau ada 3000 orang. Tapi kroni kroni berkenaan juga yang menjadi keutamaan mantan Ketua Menteri juga Presiden Warisan, sehingga hari ini.

Diceritakan ketika kepimpinan Warisan berkempen di perkampungan yang terlibat dengan kebakaran, bercucuran air mata Presiden Warisan mengenangkan nasib pengundi. Tahu-tahu habuk pun tidak ada yang bersenang lenang hanya kroni dan kerabat Warisan.

Tapi amat-amat menghairankan semua calon Warisan pada Pilihan Raya Negeri di peringkat DUN Semporna, mendapat pertambahan undi kecuali DUN Bugaya nampaknya Calon Perikatan Nasional mendapat jumlah undi yang merasangkan.

Kebaikan kerajaan negeri GRS berbanding kerajaan Warisan ialah kerajaan GRS memperkasakan keberadaan agensi-agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan. Termasuklah agensi keselamatan sebab itulah hampir setiap hari kita mendengar tangkapan dibuat keatas penjenayah atau pihak yang melanggar undang-undang, selama ini merekalah yang bertanggungjawab merosakkan sosial ekonomi rakyat kebanyakan. Di negara-negara maju agensi yang diperkasakan menjadi manifestasi mereka bukan seperti manifesto Warisan segala-galanya dikaitkan dengan parti. Ketinggalan zaman.

Tukang hisap gam dan syabu pun dilantik menjadi orang-orang parti malah ada yang dilantik sebagai Ketua Kampung, paling tidak pengikut setia Ketua Kampung. Apa punya jahiliyah lah. Sudahlah gagal membuka peluang ekonomi kepada orang orang kampung malah mereka diurus oleh orang orang yang jahil.

Tunggu kamu perhitungan di akhirat kelak.

Itu admin katakan berulangkali, politik Presiden Warisan tu kalau disokong seolah-olah kita menempah kehinaan di akhirat kelak. Di dunia anda menjadi barua mereka di akhirat menjadi penghuni neraka. Benda ni nampak kecil tapi itulah kayu ukur yang sebenarnya.

Siapa juga percaya pada dakwaan yang kerajaan negeri Warisan sebelum ini tidak bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan ataupun tidak berkerjasama dengan parti-parti daripada Semenanjung.

Jadi, wakil Rakyat Parti Warisan dilantik sebagai Menteri Persekutuan tu apa, itu tidak datang dari kerjasama parti kah?

Bagaimana dengan parti DAP yang sanggup menggunakan logo Parti Warisan semasa bertanding di pilihanraya negeri Sabah baru-baru ini. Apa kamu ingat DAP sanggup menjatuhkan maruah mereka tanpa mengharapkan keuntungan yang besar selepas itu?

DAP amat tahu kepimpinan Warisan sanggup mengorbankan apa saja termasuklah mengorbankan status Bumiputera demi kuasa politik. Banyak sudah ura ura yang dapat membuktikan Presiden parti Warisan sanggup melakukan apa saja demi kuasa.

Pada pilihanraya umum 2018 pun Warisan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP yang berasal dari Semenanjung.

Ini membuktikan dakwaan kononnya kerajaan negeri Sabah GRS mengharapkan bantuan daripada Persekutuan adalah penipuan yang nyata, dusta.

Untuk menjawab pemberian geran tanah yang diagungkan oleh pemimpin dan jentera Warisan. Maka untuk kesekian kalinya suka admin menampilkan balik links yang mampu menjelaskannya.

Hooi Warisan di Semporna tu tidak ada satupun perkampungan diberikan geran tanah sejak Warisan menjadi kerajaan negeri. Walaupun perkampungan itu wujud sebelum lagi ada diantara pemimpin Warisan mendapat status kewarganegaraan dan ramai sekali belum dilahirkan.

Penjelasan Pemberian Geran Orang Kampung Oleh Kerajaan Warisan

One thought on “Warisan Buat Perbandingan Tolol Antara Kerajaan GRS Dan Warisan

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: