Bila PN (GRS) Berfungsi Dengan Baik Maka Gejala Negatif Terkawal šŸ‘

Beginilah bila kerajaan berfungsi dengan baik, akan segala kejahatan yang selama ini berlaku dalam masyarakat akan dapat dibanteras dan dihapuskan.

Gambar di atas menunjukkan ATM berjaya merampas sejumlah dadah syabu. Dan banyak lagi kejayaan seperti itu yang berjaya dilakukan oleh pihak Polis sejak Perikatan Nasional memerintah Malaysia.

So rakyat jangan bodoh hingga sekali lagi terpedaya oleh totok totok parti yang hanya ingin melihat kerajaan yang berdiri, dibina oleh parti mereka seperti UMNO dan parti Warisan.

Tidak ada faedah itu yang hanya untung kelak ialah elite tertentu didalam Warisan dan UMNO. Bak kata Raja Petra, tujuan UMNO berpolitik dalam keadaan sekarang hanyalah bertujuan untuk mendapatkan kedudukan bagi diri mereka selepas itu rakyat dibiarkan berhadapan dengan ketololan birokrasi. Yalah kalau ada masalah yang timbul tudingkan saja pada kerajaan Perikatan Nasional atau Perdana Menteri Malaysia.

Macam yang dilakukan pemimpin dan jentera UMNO, hari-hari memburukkan Perikatan Nasional. (tidak semua tapi menjolok mata)

Benar kemajuan dan kebaikan yang telah dicapai oleh UMNO semasa memerintah boleh dijadikan modal kempen. Tetapi ada satu hal yang menyebabkan ia dilupakan bilamana Mahkamah mendapati pemimpin dalam kerajaan UMNO didapati bersalah oleh Mahkamah kerana salah guna kuasa.

Selain itu kegiatan jenayah yang menjadi-jadi hingga melibatkan generasi muda ini juga menyebabkan kerajaan itu ditolak rakyat. Tengok apa jadi pada kerajaan Warisan hanya mampu bertahan dua tahun setengah.

Orang yang tiada latar belakang pendidikan dan politik yang baik diberikan kedudukan untuk menjaga rakyat yang jauh lebih cerdik daripada mereka menyebabkan jenayah kecil dan besar berlaku di merata tempat.

Kesan daripada keburukan itu masyarakat yang sebelum ini menjadi totok Warisan pun berani sudah melawan anggota Polis. Tengok di bandar Tawau tu baru dua tahun diperintah oleh Warisannya teruslah separuh daripada Tawau tu macam mereka yang punya. Bikin pening pun ada.

Semasa era kerajaan Warisan bukan hanya pentadbirannya dikuasai oleh kroni yang tidak ada kelayakan tapi juga perjalanan pentadbirannya yang cerca merba. Keputusan Hakim tidak dihormati seperti mana keputusan Hakim Kota Kinabalu keatas status Pengarah Air Jabatan Negeri Sabah.

Walaupun Hakim telah menjatuhkan hukuman bahawa perlantikan Amarjit Singh sebagai pengarah di sana tidak sah di sisi undang-undang kerajaan negeri namun Ketua Menteri Shafie pada ketika itu mempertahankannya. Bukan sahaja dipertahankan tetapi dinaikkan pangkat ke bahagian kewangan kerajaan negeri.

Ketua kampung yang dilantik di peringkat kampung kebanyakannya tidak berkelayakan dan terlibat dengan kegiatan jenayah.

Kalau admin ni jenis yang sampai hati mendedahkan perihal anak seorang pemimpin Warisan yang berjaya dicekup oleh pihak Polis kerana mengedar dadah syabu yang begitu banyak. Tetapi dilepaskan melalui kuasa politik. Mungkin ada yang terkejut, siapakah nama pemimpin Warisan berkenaan.

Nasib lah admin jenis orang yang sentiasa menjaga aib orang lain, kerana aib tetap aib walau apa pun alasannya. Apa lagi melibatkan anak mereka yang berada di luar kawalan ibu bapa. Mana ada ibu bapa normal di dunia ini yang sanggup membiarkan anak mereka terjerumus dalam gejala dadah apa lagi sebagai pengedar dadah.

Kesannya kehidupan orang orang kampung terancam, setiap hari berhadapan dengan masalah jenayah. Mahu meneruskan kehidupan pun susah. (Tidak semua tapi sangat ada dan banyak).

Sebaliknya pada penyokong Warisan keharmonian yang terjejas tidak menjadi persoalan, jangan kan keharmonian. Hak mereka diambil orang pun mereka buat tidak tahu. Mungkin kerana terlalu bodoh atau merasakan diri mereka memang tidak ada hak. Tapi pelik justeru kenapa berpolitik kalau tidak berani mempertahankan hak.

Di setengah kawasan atau kampung kebanyakan penyokong Warisan, sangat-sangat tidak berpendidikan tapi bernafsu besar menyebabkan harga diri mereka dinilai sangat murah dan tidak lagi dihormati oleh orang luar atau wakil rakyat mereka.

Maka terhina lah mereka sampai mati.

Berkenaan usaha kerajaan negeri Sabah (GRS) yang ingin menyelesaikan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan memberikan keterangan diri yang sah tapi ditentang oleh pemimpin dan jentera Parti Warisan. Justeru sampai bilalah PATI ini menjadi masalah pada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama banyak sektor perniagaan yang memerlukan tenaga kerja?

Pelik bukan, walaupun Warisan hanya memerintah lebih kurang dua tahun setengah tetapi telah berjaya menambah banyak masalah. Hahaha!

Untuk menutup atau mengekalkan sokongan rakyat keatas wakil wakil rakyat Warisan, mereka hanya perlu memberikan sedikit dedak itupun setahun sekali. Tidak berbaloi langsung dan kalau dinilai dengan sesungguhnya pemberian itu tidak lebih dari satu penghinaan ke atas penyokong penyokong Parti Warisan.

Bayangkan surat daripada pentadbiran kerajaan Warisan sudah diedarkan pada penduduk kampung agar keluar atau merobohkan rumah mereka kerana tapak kampung akan digunakan bagi tujuan membina tapak pelancongan atau perhotelan. Tapi apa berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, undi calon Parti Warisan dari perkampungan yang akan dirobohkan malah meningkat.

Jangan juga ada yang lupa atau tidak tahu walaupun Warisan hanya mampu memerintah dua setengah tahun. Tetapi sudah ada dua atau tiga pemimpin daripada parti ini yang dihadapkan di Mahkamah kerana rasuah. Oh ya bukan hanya pemimpinnya tetapi juga melibatkan macai kayangan mereka yang telah disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh SPRM.

Tetapi pengundi Warisan yang ada diperingkat akar umbi tidak hidup kalau tidak mengharapkan bantuan dari kerajaan semasa. Punyalah tidak ada harga diri sedangkan bilangan mereka lebih ramai dari kerabat pemimpin dan macai kayangan Warisan tadi. Tolol tidak boleh diajar.

Untuk itu sekiranya anda benar-benar sayangkan negeri Sabah, tolaklah parti Warisan yang sarat dengan pemimpin pemimpin yang tidak berkualiti aka picisan yang telah menyebabkan hubungan kaum di negeri ini tegang, kehidupan rakyat terjejas bukan hanya dari sudut ekonomi tetapi ancaman dari kegiatan yang tidak sihat oleh kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab terutamanya dalam hal yang ada kaitannya dengan gejala dadah.

Begitu juga dengan parti UMNO seandainya pemimpin dan jentera parti ini tidak lagi menghormati Perikatan Nasional maka tolaklah mereka. Supaya tidak lagi menjadi beban hingga menggagalkan polisi baik yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Jangan pula ada yang cemburu dengan perbandingan ini. Seluruh dunia memuji kredibiliti Perdana Menteri New Zealand kerana berjaya mensejahterakan kehidupan rakyatnya. Hal inilah yang sedang diusahakan oleh kerajaan Perikatan Nasional bermula dari menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya pada agensi agensi kerajaan yang sedia ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.