Empat Penjawat Awam Agensi Federal Ditahan SPRM Sabah

KOTA KINABALU, 10 Feb : Seramai empat penjawat awam daripada sebuah agensi kerajaan persekutuan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini hari ini atas kesalahan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu bagi tugasan rasmi.

Menurut sumber, penjawat awam daripada Kumpulan Sokongan itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan umur 30-an dan 40-an, telah mengemukakan resit hotel palsu dalam tuntutan perjalanan mereka.

Pengarah SPRM Sabah S.Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan tersebut dibuat pihaknya kira-kira 1 tengah hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi suspek ditahan.

Beliau berkata semua mereka ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dijadual dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 9 pagi esok (11 Feb) untuk pertuduhan.

“Kakitangan kerajaan diingatkan agar tidak melibatkan diri dalam mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu atau tuntutan palsu kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Sekyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. – BERNAMA


Percayalah kamu hanya Kerajaan Perikatan Nasional yang mampu melaksanakan tanggungjawab seperti ini, kerana kerajaan ini memberikan kepercayaan yang sepenuhnya pada agensi penguatkuasa atau agensi kerajaan di dalam memikul tanggungjawab mereka.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.