Warisan Cadang Masjid Dibuka Sepenuhnya, Cakap Tidak Serupa Bikin

Mengada-nada, Aidi Mokhtar ini dari parti Warisan, parti yang bertanggungjawab membubarkan DUN Sabah hingga gelombang kedua Covid-19 meletus.

Sebelum DUN dibubarkan oleh Shafie Apdal. Tan Sri Musa Aman yang mengetuai blok pembangkang Sabah pada itu telah memberikan amaran supaya jangan membubarkan Dewan Undangan Negeri hanya kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli undangan negeri. Utamakan keselamatan atau kesihatan masyarakat Sabah jangan kerana kuasa sanggup memperjudikan keselamatan mereka.

Tapi degil dan berkeras daripada kononnya Shafie menyerahkan jawatan begitu saja lebih baik mati atau sanggup mati untuk itu. Maka berlangsunglah pilihan raya negeri Sabah yang menyaksikan kerajaan Warisan tumbang di tangan calon calon Perikatan Nasional atau Gabungan Rakyat Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji selaku pengerusi Perikatan Nasional negeri Sabah.

Parti Warisan ini tidak pernah menang dimana mana pilihan raya, baik dalam pilihan raya umum 2018 mahupun pilihan raya negeri Sabah 2020. Warisan antara parti di Sabah yang tidak boleh dihadam oleh majoriti rakyat Sabah.

Yang pasti letusan kali kedua Covid-19 telah memporak-perandakan kehidupan dan ekonomi rakyat. Ramai yang kena buang kerja tidak kurang juga hanya mendapat separuh dari gaji bulanan, kes bunuh diri juga meningkat dan yang paling penting menyebabkan Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi selain sudah tentu berhadapan dengan ancaman kematiannya akibat pendemik Covid-19.

Ini fakta gelombang Covid-19 yang tercetus selepas pilihan raya negeri Sabah telah mengorbankan satu atau dua wakil rakyat dari Parti Warisan selain orang-orang terdekat mereka.

Sebelum ini Aidi Mokhtar mantan Menteri Undang Undang merangkap Menteri Agama mempersoalkan keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri atau Menteri Tugas Tugas Khas Sabah Datuk Arifin Arif. Bila mana kerajaan negeri Sabah membenarkan 45 orang untuk solat Jumaat dan 15 untuk solat berjemaah.

Sebaliknya Aidi Mokhtar tidak bersetuju dan mencadangkan agar Masjid beroperasi seperti biasa, mengikut kapasiti sebenar.

Wah cakap bukan main lagi macam tidak pernah memikul tanggungjawab sebagai Menteri Agama Sabah. Setahu Admin semasa Aidi memegang portpolio ini banyak cadangannya yang dipersoalkan oleh rakyat Sabah. Tidak perlulah admin sebutkan disini, selain isu yang dia bangkitkan.

Apa berlaku semasa Aidi Mokhtar memegang portfolio Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Agama Islam) era kerajaan parti Warisan? Dia hanya membenarkan empat jemaah dalam satu satu waktu, itu pun dari kalangan ahli jawatankuasa masjid dan surau sahaja. Manakala 12 orang jemaah untuk solat Jumaat.

Jadi mana yang lebih rasional, membenarkan jemaah sehingga 45 orang atau 12 orang sahaja?

Jangan bandingkan kelonggaran yang diberikan pada Masjid Masjid yang ada di Sabah dengan apa yang ada di Pahang dan sebagainya. Sebab gelombang kedua Covid-19 berpunca dari Sabah. Ibarat ancaman, sarangnya masih berakar di Sabah. Warisan punya hal lah, siapa lagi.

Benar apa yang diperkatakan oleh orang kebanyakan. Orang yang gagal kalau sudah tidak berkuasa barulah ucapannya kedengaran berisi walhal lemah dan tidak berkarisma, sebab itulah tersungkur.

One Comment

  1. 😊😊😊..Hola kawan..nak habaq kat hang..itu hari kan TYT pun terseret ke mahkamah sekali..walaweiiii..mmg tak guna betul Shafie Afdal bikin malu pada TYT..mujur bijak hujah berasas fakta logik utk TYT..kasihan MyDaddy..terjebak gara gara si katik Shafie Afdal tidak maklumkan pekara sebenarnya pada umum yg mahu tahu..tapi provokasi terhadap TYT angkara politik sgt keterlaluan..TYT tuuu..dari BN Umno lagi sudah dilantik ke jawatan itu..malah PH takeover pun tak tukar TYT..hanya sebab terkait sesama bangsa maka tak bikin pekara salah pun tetap tersangka buruk gara gara bangsa asal usul..ini sgt tidak baik..apa pun tell myDaddy..anna kan kata i will help you..as a Federal State of Putrajaya .mana mahu Hakim atau Ketua Pasukan Pendakwaraya or as AG Special Authorised Task Force Ranger Resque International Interpol Officer.. mmg kasihan Daddy aku..dah terkejut kan si Musang yg berani..datang si katik tu..bler bler bleh .dah suara tu tune slow..tak betul betul dgr mmg boleh kata..tak tahu apa yg dia kata..skrg nie tak kira dari Warisan+PH atau Umno..tak betul aja perbuatan toksikcovidtorori mereka..hentak saja..andai ada bukti bukti sahih terkait boleh didakwa just submit to official authorised certified.. pesan sama Abg Abg BN aku..sejak wujud PPBM dan perbuatan kianat yg dilakukan oleh Najib Razak walaupun berproksi yg lain..ia sgt tidak baik dan mencemarkan nama Krjn Persekutuan M’sia..apa lagi subahat pekara yg terkait dgnnya juga telah meranapkan title YDPA sebelum berganti yg baru..itupun mujur telah dimaklumkan …dan bercerita ttg apa berlaku..andai tidak..kushhh semangat..semoga allah swt tetap melindungi Krjn M’sia dan rakyat seluruhnya..Aamiin…

    #note to MyTYT..don’t worry ..i know you are the good person..semoga kekallah jawatan Daddy utk iringi ‘anak cucu PNPPBM AL Haq yg sebenarnya😊

    Annaariff1972πŸŒΊπŸπŸ’–πŸ˜Š

    Liked by 2 people

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.