Artikel seperti mana dua link dibawah, admin tulis pada January 2018 dan untuk makluman individu yang bernama Zulfikar dalam artikel ini adalah penyokong tegar parti Warisan berbangsa Bajau Suluk.
Cukup keras dan lantang dalam dia memperjuangkan parti Warisan pada ketika itu tapi pada bulan june yang lalu dia dan beberapa lagi ahli Warisan dari beberapa Cawangan telah bertindak meninggalkan parti Warisan.
Ketua Wirawati dan Ahli Warisan Sepanggar Keluar Parti
Sempat jugalah admin belawan dengan dia ni, tapi sayang cepat betul dia menjatuhkan hujahnya, pada ketika itulah. Hari ini admin pula yang naik takut, iyalah hanya orang yang ada prinsip dan harga diri yang terfikir untuk meninggalkan parti Warisan setelah menyokong dan mengundi parti Warisan pada pilihan raya lepas, namun tidak dihargai. Bukan macam sebahagian pemyokong Warisan tu. Walaupun sampai ke tahap di anggap anjing kurap tapi masih lagi terhegeh hegeh, siap memacak bendera baru Warisan di hadapan rumah mereka. Benar benar memalukan!
Apa yang admin mahu jelaskan disini adalah kedudukan kaum Bajau Suluk di mata pentadbiran kerajaan Warisan sebelum ini. Ternyata tiada yang dilakukan terhadap mereka, sebab itu dalam tahun ini saja begitu ramai ahli parti yang beransur ansur meninggalkan Warisan, seperti mana saudara Zulfikar itu.
Sedikit catatan yang ada hubung kaitnya dengan entri kali ini. Di Tawau tidak ada seorang pun calon Warisan dari kalangan Bajau Bannaran dan Bajau Suluk. Tapi kalau kita dengar kempen pemimpin Warisan yang berbangsa Bajau Suluk bukan main lagi, seolah olah Bajau Suluk akan terpinggir tanpa Warisan.

Originally posted on JalinLuin.com: Ada sudah yang terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh parti Warisan. Kononnya hanya parti itu yang mampu membela kaum Bajau Suluk di negeri Sabah dan memandangkan Presiden Warisan itu sendiri kononnya berbangsa Bajau maka semestinya kaum Bajau dan Suluk wajib menyokong parti Warisan seperti mana sambutan keatas PBS di era…
Warisan dan Agenda Memperalat Bajau Suluk 🔁
Sedikit pun saya tidak percaya kenyataan blog jalinluin.com ini.
Saya jurugambar bebas, dimana ada ceramah Warisan, disitulah saya berada, sambutan rakyat tempatan terutama di Pedalaman Sabah cukup baik.
Bajau Suluk juga bumiputera penduduk asal sabah yg tinggal di persisiran pantai, jadi yang kamu komen ini pasal apa..
*Tukang batu api kah ?
*Tukang hasut kah ?
* Tukang buat provokasi kah ?
Jangan lupa Sejarah ya…
“The law of North Borneo” buku ini ada di perpustakaan dan kalau mahu beli ada jual di jabatan cetak kerajaan, batu 2 jalan Tuaran.
LikeLiked by 1 person
Kau ada hak untuk tidak percaya tapi tidak bermakna saudara betul. Hakikatnya apa yang berlaku adalah sebaliknya menyebabkan masyarakat Sabah mulai menolak Warisan. Di Tawau tidak ada calon Warisan yang mewakili Bajau Suluk atau Bajau Bannaran, saudara nak nafikan ini?
LikeLiked by 1 person
buttui kah
LikeLiked by 1 person