Benar Dakwaan Hajiji Yang Dusta dan Cetek Saibol Warisan

Ini lagi seorang pemimpin akar umbi atau jentera Parti Warisan yang membuat dakwaan secara semberono tanpa fakta keatas isu yang ada kaitannya dengan kegagalan kepimpinan dan pentadbiran parti Warisan.

Sebelum ini Ketua Warisan Sabah Datuk Hajiji Noor mendakwa bahawa ada yang tidak kena pada pentadbiran ataupun kepimpinan Parti Warisan hingga ada dikalangan penyokong dan wakil rakyat mereka keluar dan menyokong Tan Sri Musa Aman.

Namun kebenaran dakwaan Datuk Hajiji Noor itu dinafikan oleh Saibol Arshad seorang ketua cawangan parti Warisan dari Simpangan, Tuaran.

Kononnya tidak ada masalah dengan sistem pentadbiran kerajaan negeri dibawah Presiden Warisan Shafie sebelum kononnya cubaan merampas kuasa oleh Tan Sri Musa.

Pertama tama sekali suka admin menjelaskan, begini. Hanya orang tolol yang menafsirkan sokongan Adun yang diterjemahkan dalam bentuk akuan bersumpah sebagai proses merampas kuasa. Sebaliknya yang merampas kuasa dan menafikan hak seseorang adalah seperti apa yang dilakukan oleh Presiden Warisan Shafie kerana selang dua hari Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah dihadapan TYT. Shafie mendakwah dia telah mendapat sokongan dari beberapa Adun di ruang tamu rumahnya, justeru itu dia berkeras agar dirinya diangkat sebagai ketua menteri Sabah.

Maka bergeraklah Shafie ke Istana untuk mengangkat sumpah tanpa syor pemecatan dan perlantikan Ketua Menteri Sabah dari mana mana pihak. Selain Shafie yang melakukannya sendiri seolah-olah telah berlaku penggulingan kuasa, kudeta.

Ironinya ketika kifarah menyapa Shafie iaitu kehilangan sokongan daripada 33 Adun pada 30hb Julai 2020. Tampak sekali Shafie cuba mengkudeta fungsi Istana hingga kumpulan Tan Sri Musa Aman yang ingin menghadap TYT dihalang ditengah jalan. Dalam masa yang sama Shafie mengumunkan pembubaran DUN Sabah.

Tidak kah itu namanya Warisan sebuah parti yang pelik, terdesak dan menghalalkan cara. Bahasa mudahnya tidak menghormati amalan demokrasi sebaliknya sepertinya rejim kudeta yang menjalankan pentadbiran tanpa restu rasmi atau melalui usurpation of power.

Pastinya si Saibol mulai faham apa yang dimaksudkan dengan rampasan kuasa? Jadi lain kali jangan mudah bercakap secara semberono kalau istilah rampasan kuasa pun tidak tahu atau tidak faham.

Berhubung dakwaan kedua kononnya tidak ada wakil rakyat atau penyokong Parti Warisan yang keluar dan menyertai kepimpinan Tan Sri Musa Aman. Ini juga adalah dakwaan yang dusta dan cetek.

Hakikatnya tanpa tiga Adun BN yang keluar menyertai Warisan bagi membentuk kerajaan negeri dan keluar sekali lagi menyokong kepimpinan Tan Sri Musa Aman. Tidak kerajaan Warisan berjaya dibentuk dan merasa pemerintahan setengah penggal. Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa juga apa lagi setakat ketua cawangan Warisan yang jelas cetek perihal istilah dan perogolan sistem yang telah dilakukan oleh kepimpinan Warisan baik sejak dua tahun yang lalu dan berlanjutan sehingga hari ini, parti Warisan sebagai “pemerintah sementara” yang senantiasa melanggar pentadbiran dan protokol sebuah kerajaan negeri yang sudah berdekad ditakbir menggunakan undang-undang atau perlembagaan yang sedia ada.

Berhubung dakwaan ketiga kononnya hingga ada di antara ADUN Warisan yang cuba dibeli oleh Tan Sri Musa Aman demi mendapatkan kuasa. Ia hanyalah dakwaan yang dusta semata-mata. Seperti mana kenyataan rasmi Pengarah SPRM Sabah dibawah.

Adun Warisan Ditawarkan Berjuta Adalah Pendustaan

Begitu juga dengan dakwaan kononnya sebelum Adun berkenaan meninggalkan kerajaan Warisan tidak ada konflik yang berlaku di antara mereka dengan kerajaan Warisan. Ini juga adalah pembohongan dari seorang ketua cawangan Warisan. Sudah terang lagi bersuluh sebelum Tan Sri Musa Aman mendapati beliau telah mendapat sokongan dari 33 Adun. Adun UPKO dari Kuala Penyu dan Sugut telah bertindak meninggalkan kerajaan Warisan pada 16hb Jun 2020.

Seperti halnya dengan kenyataan dari salah seorang 33 Adun yang nekad memihak Tan Sri Musa iaitu Kenny Chua Adun, Inanam bahawa antara sebab lain kenapa mereka meninggalkan kerajaan Warisan ialah kerana pentadbiran kerajaan negeri dibawah Shafie yang flip-flop tidak konsisten ketika membuat keputusan sehingga dilihat hanya akan merugikan rakyat Sabah.

Pokoknya apa yang didakwa oleh Datuk Hajiji Noor bahawa ada yang tidak kena hingga menyebabkan beberapa Adun meninggalkan kerajaan Warisan adalah benar. Hanya ketua cawangan Warisan itu yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Hem!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: