Aziz Duduk Diam Jangan Berlagak Budiman Pada Orang Kampung

Pemimpin Warisan seorang ni sengaja beretorik dengan berlagak seperti orang yang budiman. Dimana si Aziz kononnya menuntut supaya mengutamakan kemanusiaan sebelum merobohkan perkampungan di Likas lama.

Seolah olah kerajaan negeri GRS yang bertanggungjawab sepenuhnya dan telah atau akan melakukan kezaliman.

Yang dikatakan zalim pada perkampungan ialah kerajaan Warisan sebab tiada satupun kampung yang diwartakan termasuk di Semporna. Berbeza dengan kerajaan GRS, hampir setiap daerah ada kampung yang diwartakan.

Hakikatnya orang macam si Aziz yang sudah pun ditolak dan kalah dalam pilihan raya, sememangnya menyedari  kalau khususnya sokongan Bajau Suluk dan Bugis ke atas parti Warisan terus berkurangan.

Beberapa faktor yang menyebabkan penolakan  rakyat Sabah secara umumnya antaranya yang aku boleh sebutkan tanpa prejudis.

Selama ini melalui kempen dan propaganda Warisan banyak harapan melangit yang diyakini benar oleh masyarakat yang aku sebutkan di atas, sedangkan harapan atau janji itu melanggar perundanganm iaitu memberikan keterangan diri kepada PTI.

Hasilnya ia gagal ditunaikan enyebabkan keluarga PTI tidak lagi mempercayai janji janji pemimpin Warisan.

Sebaliknya kerajaan GRS yang tidak menabur janji memberikan pas kerja tapi atas tujuan yang berbeza. Untuk mengawal lambakan PTI dari berterusan dan menampung kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan dan sebagainya.

Tidak dinafikan kerajaan Warisan cuba memberikan  pas kerja tapi bila ditentang oleh pemimpin dan penyokong Warisan itu sendiri. Shafie akur dan membatalkannya,  akibat takut kehilangan undi KDMR pro Warisan. Dalam masa yang sama Bajau Suluk dan Bugis pro Warisan menilai Shafie adalah seorang pemimpin yang mementingkan diri dan cakap tidak serupa bikin.

Berbeza dengan kerajaan GRS tidak mempedulikan kritikan ini kerana tujuan memberikan pas kerja bukan untuk menguatkan parti tapi menyelesaikan isu yang sering menjadi modal parti parti politik.

Kegagalan Shafie Apdal menunaikan janji membina semula rumah rumah mangsa kebakaran  menyebabkan persepsi rakyat Sabah ke atas kepimpinannya semakin negatif, terutama Bajau Suluk yang bermaruah.

Sebab itu aku katakan adalah lebih baik Aziz Jamman duduk diam.

Selain itu tengok pula tanggungjawab wakil wakil rakyat Warisan dan nasib masyarakat yang mereka wakili.

Wakil rakyat Warisan hanya rajin mengkritik sedangkan mereka sendiri kurang pengetahuan tentang isu yang mereka bangkitkan.

Tugas hakiki  menjaga kebajikan masyarakat aku boleh katakan tidak menjadi keutamaan tapi gaji sebagai wakil rakyat Warisan tetap mereka telan.

Jika menjaga kebajikan pun gagal apa lagi menambah  frasarana dan membaiki frasarana sudah usang. Memang tiadalah!

Semasa kerajaan Warisan, juga berlaku perobohan rumau di  Kampung Simunul  dan tapi yang dituntut sebagai  diketepikan, hari ini si Aziz Jamman cuba berlagak budiman. Pui!

Si Aziz jangan lupa, di tengah Warisan sebagai kerajaan dan dia sebagai Ahli Parlimen Sepanggar sekaligus menyandang jawatan Timbalan Menteri KDN. Ramai ahli Warisan yang berjawatan di Bahagian Sepanggar  meletakkan jawatan. Mana tanggungjawab dan kononya kemanusiaan itu? Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading