
Nampak sangat Adun Kapayan kebaruan selaku wakil rakyat itu pun sebagai pembangkang.
Sebab itu pendapatnya macam orang kebanyakan, kurang pengetahuan tapi tiba tiba mengencang seolah olah tidak terfikir oleh pemerintah.
Dimana Adun Kapayan mencadangkan pada kerajaan negeri agar menuntut hasil Sabah 40% bermula dari tahun 2022 sehingga tahun semasa.
Justeru Adun Kapayan mengata dengan tanpa segan mendakwa kerajaan Sabah tidak ingin 40% hasil Sabah.
Dia tidak tahu usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri Sabah selain tunggakan 40% yang ditangguhkan perlaksanaannya.
Hakikatnya kerajaan negeri Sabah telah pun menuntutnya. Itu aku kata Adun Kapayan syok sendiri.
Sedap jak, mentang mentanglah pembangkang, suka hati dia orang jak menghambur isu dan melontarkan idea tanpa memikirkan kemampuan kewangan dan implikasinya, memandangkan Sabah masih dalam Malaysia.
Semua persoalan yang dibangkitkan Adun Kapayan di atas terjawab apa bila Menteri Kewangan Sabah Datuk Masidi Manjun bertegas, bahawa kerajaan negeri sentiasa dan aka terus mendesak kerajaan persekutuan agar membayar 40% hasil Sabah.
Aku kutip hujah beliau, seperti dibawah;
Kerajaan Sabah menegaskan tuntutan 40 peratus hasil negeri kepada Kerajaan Persekutuan perlu dimulakan dengan bayaran segera bagi komponen cukai yang tidak dipertikaikan, sementara rundingan bagi komponen lain masih berjalan.
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata dua sumber utama yang jelas dan tidak menjadi pertikaian ialah kutipan cukai oleh Jabatan Kastam serta cukai pendapatan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Beliau menjelaskan, kerajaan negeri telah menghantar surat rasmi pada 10 April lalu bagi menuntut bayaran 40 peratus daripada dua komponen tersebut terlebih dahulu.
“Pendirian kita jelas, cukai yang tidak dipertikaikan jumlahnya hendaklah dibayar dahulu sebelum kita meneruskan rundingan bagi cukai-cukai lain yang masih dalam proses perbincangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Selasa.
Terus nampak idea Adun Kapayan itu ketinggalan bas.






















Leave a Reply