KM Hajiji Bagi Sebiji Tepat Di Muka Chin Tek Ming 

Sudah Adun Kapayan kena sebiji oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Memang benar pun, Adun Kapayan hanya bermain politik yang kita maklum untuk kepentingan parti Warisan semata mata.

Seperti kenyataan tegas Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor secara prinsipnya majoriti rakyat tanpa mengira jenis bangsa Sabah menuntut 40% hasil Sabah tapi yang berlaku di Sidang DUN kali ini seolah-olah hanya pembangkang Warisan benar benar menuntutnya.

Adun Kapayan sudah berapa penggal kau jadi wakil rakyat?  birokrasi apa yang kau telah jalani. Jangan mentang mentang berhujah sebagai pembangkang kamu  tidak lagi memikirkan untung rugi selepas itu.

Ambil contoh, Adun Kapayan memiliki agensi guaman tapi adakah semua anak guamnya mendapat kemenangan? sudah pasti tidak, malah ramai yang kalah. Termasuk  bila berhadapan dengan aku, diam diam berunding dan  pendakwaan ditarik balik.

Lepas itu idea yang dilontarkan semasa sidang DUN benar benar macam Cina yang tiada sekolah. Bercakap seolah olah orang lain tidak tahu apa apa.

Sedangkan Kerajaan Sabah sentiasa berusaha dan telah melakukan pelbagai langkah drastik termasuk berunding dengan pihak persekutuan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Anwar Ibrahim.

Beliau juga menjelaskan bahwa kerajaan negeri tidak pernah ditekan oleh mana mana pihak hingga menjejaskan tuntutan 40% hasil Sabah.  Diterangkan lagi Perdana Menteri Malaysia Datuk Anwar Ibrahim tidak pernah menekan kerajaan Sabah dimana perundingan berdasarkan tuntutan yang dikemukakan.

Jadi dakwaan pemimpin dan macai Warisan kononnya kerajaan Sabah atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor takut meneruskan tuntutan kerana ditekan atas sebab tertentu, adalah andaian dan pendustaan mereka semata mata.

Apa lagi Datuk Hajiji Noor adalah seorang pemberani, tidak gentar menghadapi sebarang kemungkinan, bukan hanya dari konteks 40% hasil Sabah tapi juga soal  pentadbiran yang menuntut keputusan yang besar dan  berisiko baik pada negeri Sabah mahupun diri beliau itu sendiri.

Membenarkan atau menyokong SLS membawa tuntutan 40% ke Mahkamah adalah satu bentuk keberanian yang tidak pernah berlaku selama selepas Perjanjian Malaysia dimeterai.

Berbeza dengan kerajaan Warisan, ketika rombongan Sabah menghadap Perdana Menteri Mahathir bagi menuntut hak hak berkaitan perjanjian Malaysia 1963. Didakwa oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Jumut Masing bahwa rombongan kerajaan Sabah takut mengemukan tuntutan justeru dinasihatkan agar jangan lagi mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963.

Untuk mereka yang mungkin belum tahu. Hanya kerajaan GRS  yang berjaya menuntut bayaran sehingga 600 juta ringgit berkaitan 40% hasil Sabah, sementara tuntutan hasil Sabah 40% dimuktamadkan.

Kamu Google pula berapa juta yang berjaya dituntut oleh kerajaan Warisan. Kalau aku nyatakan nanti ada lagi yang bilang aku spin. Jom!

Datuk Hajiji Noor bagi sebiji tepat di muka Adun Kapayan Chin Tek Ming. Lain kali kalau bercakap tu fikir dulu dan berpijaklah di dunia nyata.

Tidak ada tu yang percaya  Cina Warisan pula melebih lebih soal nasib dan hak hak Sabah. Bukan orang tidak tahu bagaimana kamu menghadapi kehidupan dunia. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading