Warisan Memang Gagal Sebagai Kerajaan Negeri Bukan Pembangkang

Terlampau pula kenyataan si Aziz Jamman ni. Adakah patut mereka sendiri yang gagal mengurus negeri dan rakyat Sabah tapi pembangkang pula yang dipersalahkan. Nampak sangat tidak bertanggungjawab dan sangat sangat desperado.

Kenyataan seumpama itu hanya layak diluahkan oleh jentera parti yang tugasnya tidak ada lain selain menafikan kebenaran, walaupun kebenaran itu berada didepan mata mereka. Admin panggil mereka itu sebagai jentera totok yang tidak ada tanggungjawab dan tidak ada semangat nasionalisme.

Si Aziz faham kah apa konsep demokrasi dan bagaimana ia berjalan dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Tidak ada negara di dunia ini yang maju tanpa adanya desakan atau kritikan dari pihak tertentu iaitu pembangkang. Sebab itulah golongan cerdik pandai sering berkata pembangkang adalah tunjang kepada demokrasi yang juga bertanggungjawab memajukan satu satu negeri ataupun negara. Malangnya ia bertentangan dengan kenyataan bekas Menteri Persekutuan daripada Parti Warisan itu. Alahai!

Si Aziz cakap tindakan pemimpin pembangkang yang menggugat pentadbiran kerajaan Warisan adalah penghalang kepada kelancaran usaha membangunkan negeri Sabah, kononnya.

Sebenarnya bukan menghalang tapi mengkritik kerja-kerja kerajaan negeri Warisan yang sering melanggar undang-undang atau perlembagaan kerajaan negeri itu sendiri. Lihat apa berlaku kepada perlantikan Pengarah Air Negeri Sabah, Amarjit Singh. Walaupun mahkamah telah mendapati perlantikannya tidak sah di sisi undang-undang negeri Sabah. Tetapi Shafie selaku Ketua Menteri pada masa itu tetap mempertahankannya malah dilantik ke jawatan yang lebih tinggi sebagai pentadbir kewangan kerajaan negeri Sabah.

Macam mana orang tidak marah.

Antara lain kenapa rakyat Sabah terlalu kritikal terhadap kerajaan negeri Warisan ialah rakyat melihat ada aktiviti penyalahgunaan kuasa di kalangan wakil rakyat Warisan dan dikalangan kakitangan kerajaan negeri yang mesti dihentikan agar tidak merugikan rakyat Sabah.

Sebelum Peter Anthony didakwa di mahkamah, rakyat Sabah sebelum itu telah lantang mengkritik penyalahgunaan kuasanya berkaitan beberapa projek yang menelan kos yang berjuta malah berbilion.

Setiausaha kanan Kementerian Pelancongan Malaysia era kerajaan Pakatan Harapan telah menjadi bahan politik di kedai-kedai kopi sebelum dicekup oleh SPRM di Putrajaya. Menunjukkan kritikan pembangkang dan rakyat Sabah terhadap kerajaan negeri Warisan ada asas dan kebenarannya.

Kritikan rakyat Sabah terhadap bantuan Covid 19 Sabah yang tidak kesampaian ternyata ada kebenarannya. Buktinya sehingga hari masih ramai masyarakat Sabah yang menuntut agar segala bantuan yang telah diumumkan diberikan pada mereka. Termasuklah bantuan one-off RM300 dan beberapa lagi bantuan yang tidak kesampain.

Di awal pemerintahan Kerajaan Warisan ramai masyarakat di daerah dan kampung kampung yang tidak berpuashati pada individu-individu yang dilantik diperingkat mereka. Baik sebagai kakitangan kerajaan negeri atau sahaja sebagai ketua kampung. Manakan tidak kebanyakkan yang dilantik tidak kompeten malah terlibat dengan kegiatan jenayah atau paling tidak terlibat dalam penggunaan dadah syabu. Namun kritikan itu tidak diambil kisah oleh kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah.

Ironinya kerana gagal melantik individu yang tidak kompeten menyebabkan berlaku ketidakadilan ketika rakyat berurusan dengan mereka dan kegiatan jenayah meningkat dari hari ke hari.

Soal isu mahkamah yang dianggap telah penghalang kelancaran pentadbiran kerajaan negeri itu adalah harga yang patut dibayar oleh kepimpinan Warisan yang tidak budiman dan perasuah dan yang paling penting tidak mempertabatkan undang-undang yang sedia ada.

Pihak yang memiliki 33 Akuan Bersumpah (SD) ADUN dinafikan hak mereka melalui kuasa TYT dan DUN dibubarkan. Lepas itu buat-buat bodoh kenapa mereka di heret ke mahkamah. Alahai Warisan!

Hakikatnya selantang mana pun pembangkang mengkritik kerajaan negeri Warisan tapi jika kritikan itu tidak ada asasnya maka ia hanyalah kritikan semata-mata. Malangnya hampa setiap kritikan yang dilemparkan terbukti ada kebenarannya. Ini menunjukkan sememangnya kerajaan negeri Warisan gagal memikul tanggungjawab mereka jadi jangan salahkan orang lain Aziz.

Dia sendiri yang pernah berjawatan Timbalan Menteri dalam negeri pun gagal membenteras kehadiran pendatang asing tanpa izin dan kegiatan jenayah seperti pengedaran dan penagihan syabu dikalangan rakyat Sabah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.