Kimanis Sedia Menghadapi PRN Sabah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kimanis kini telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada bulan September ini.

Ketua Bahagiannya Datuk Arifin Arif berkata, walaupun soal calon untuk dua kawasan dalam Parlimen Kimanis iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan DUN Membakut belum diputuskan lagi namun pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRN.

Jelasnya, kerjasama juga akan diberikan kepada parti-parti gabungan bagi memastikan kemenangan calon pilihan pucuk pimpinan itu nanti.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau dicalonkan semula dalam PRN nanti, beliau memaklumkan akan menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan mengenai soal calon.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan mengenai soal calon. Apa yang saya boleh katakan hari ini ialah, kita di peringkat bahagian sudah bersedia menghadapi kemungkinan PRN. Gerak kerja sudah kita susun atur dan tiba masanya nanti akan kita gerakkan jentera kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Persidangan BERSATU Bahagian Kimanis di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping.

Dalam perkembangan lain, Arifin yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut turut merakamkan penghargaan atas kebijaksanaan serta keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memimpin negara dalam keadaan yang penuh mencabar.

Selain mewakili kepimpinan BERSATU Kimanis, beliau selaku wakil suara masyarakat Kimanis ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau dalam membantu seluruh lapisan rakyat dalam mengharungi pandemik COVID-19.

Justeru Arifin meminta rakyat supaya terus memberikan keyakinan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin untuk terus memimpin negara serta negeri dalam usaha membangun serta memulihkan semula ekonomi ke tahap yang lebih baik.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.