Mahkamah Persekutuan Benarkan Musa Semak Status KM Sabah

Alhamdulilah,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberi kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan hari ini bagi meneruskan semakan rayuan untuk diisytiharkan sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Akhirnya, saya diberi peluang untuk membicarakan kes saya secara sepenuhnya di peringkat mahkamah tertinggi.

Mahkamah Persekutuan mengambil ketetapan bahawa kes terhadap TYT Sabah dan Shafie Apdal bukan bersifat akademik, justeru wajar diperdengarkan supaya Mahkamah Persekutuan dapat menentukan keabsahan langkah menolak saya sebagai Ketua Menteri, susulan pelantikan Shafie sebagai penyandang jawatan berkenaan.

Mahkamah Persekutuan juga mengambil pendirian bahawa dapatan daripada kes ini adalah sangat signifikan, bukan hanya melibatkan seorang individu tetapi untuk semua rakyat Sabah khususnya dan negara amnya.

Rakyat Sabah mempunyai hak untuk mengetahui sama ada langkah penyingkiran terhadap saya sebagai Ketua Menteri dibuat selaras Perlembagaan Sabah atau sebaliknya.

Mahkamah juga menyatakan yang kes ini mempunyai implikasi perlembagaan dan perundangan di peringkat Persekutuan.

Seperti saya nyatakan sebelum ini bahawa kes ini bukan berkisar mengenai diri saya. Ia adalah berhubung perjuangan menuntut kebenaran, keadilan dan memartabatkan Perlembagaan Sabah.

Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada pasukan perundangan saya yang memberikan dedikasi sepenuhnya terhadap kes ini dan saya yakin bahawa mereka akan terus berbuat demikian pada masa depan.

Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga, sahabat, rakan seperjuangan politik dan penyokong yang kekal berdiri teguh dengan saya selama ini.

Tan Sri Musa Haji Aman,
Kuala Lumpur,
26 Ogos 2020


Memang pun selepas dua hari Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah. Tetiba Shafie muncul bersama sokongan yang dia umumkan di ruang tamu rumahnya. Maksudnya bagaimana mungkin TYT boleh menerima SD seumpama itu dan boleh memecat Tan Sri Musa Aman selaku Ketua Menteri sedangkan tidak ada pihak yang mengesyorkan pemecatan atau perlantikan jawatan Ketua Menteri Sabah.

Lagi pelik bila TYT pada 30hb Julai yang lalu tidak mengakui SD, akuan bersumpah Tan Sri Musa Aman iaitu sokongan daripada 33 DUN tapi boleh pula DUN dibubarkan.

Senario yang sama tapi jalan penyelesaiannya hanya menguntungkan sebelah pihak iatu Warisan. Tapi ingat tidak ada pihak atau individu di dunia ini yang selamanya beruntung dengan cara yang salah.

Selepas ini lantikan Ketua Menteri Sabah iaitu selepas Tan Sri Musa Aman bolehlah kita anggap sebagai antara benda ajaib di dunia. Haha

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.