
Uiina. Shafie terus menegakkan benang basah. Dua tahun lebih selaku Ketua Menteri tapi tidak buat apa. kalaupun menjalankan kerja pentadbiran pasti terselit unsur politik Warisan.
Semalam mendakwa KDNK lebih baik dari GRS. How can?
Dua tahun lebih orang kampung menanggung janji Shafie Apdal tapi tidak ditunaikan. Tapi boleh pula mengurus ekonomi negeri sampai mendapat bilion bilion. Tidak logik langsung!
Bilion bilion tu datang dari mana?
Berbeza dengan kerajaan GRS tahun pertama pemerintahan terus melakukan pendekatan secara realistik dan berkesan.
Kalau ada yang menafikan usaha dan kejayaan kerajaan GRS, pastikan mereka totok Warisan. Jangan terpedaya.
Dibawah pemerintahan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor, Sabah kekal menjadi penyumbang keenam tertinggi KDNK negara. Fakta yang logik! dan sewajarnya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Sabah, tanpa mengira bangsa dan agama.
Bangga lah bha, GRS yang tanam maka GRS jugalah yang menuainya. Sebaliknya kerajaan Warisan, hanya menuai tanaman orang lain; lepas itu dicanang pada orang kampung sebagai usaha Warisan menjadi kerajaan negeri. Orang kampung mana tau tentang fakta dan statistik. Nampat sangat kepimpinan Warisan semakin dekat pilihan raya, semakin terdesak. Apa pun mereka putar belit.
Kamu klik bha link dibawah; laporan KEJAYAAN kerajaan Sabah oleh DOSM. 👇
Sabah Kekal Penyumbang Keenam Tertinggi KDNK Negara – DOSM

Sekarang mari kita buktikan secara fakta dakwaan Shafie berhubung KDNK baru ini hanyalah bersifat manipulasi data semata mata. Itupun saya beranggapan setelah pihak Warisan menyemak website Jabatan Bendahari Negeri yang saya rujuk dalam artikel sebelum ini. 👇
Dalam artikel itu juga saya persoalkan kemana wang tunai kerajaan negeri, kenapa mengikut laporan tahun kewangan 2019 berbaki kosong.
Tapi sebelum itu, saya berani simpulkan. Bahwa apapun pencapaian kewangan yang menjadi modal Shafie menipu orang kampung, hakikatnya dari pelaburan sebelum kerajaan Warisan iaitu ketika Sabah diterajui Ketua Menteri, Musa Aman. Jangan nafikan, bangunan PPNS dan UTCC siapa yang bina, walaupun pembinaannya juga dikritik oleh Shafie Apdal yang ketika itu menyandang jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia. Justeru;
* Shafie mendakwa berdasarkan statistik KDNK tahun 2023 Sabah dapat RM83.2 bilion. Berbanding KDNK 2019 RM85.6 bilion.
Pandai dia, kenapa ambil data tahun 2019 dan pelaburan apa yang berjaya di realisasikan dalam kerajaan Warisan. Tolong tunjukkan dimana lokasinya. Dalam bentuk MoU pun tidak mengapa, kita rakyat Sabah ingin tahu apa kesudahan MoU itu dan berapa ratus juta hasil yang berjaya dikutip oleh negeri.
Dapat dipastikan, tidak adalah bha tu. Nanti diakhir artikel ini kamu akan tahu, kenapa ada pertambahan yang begitu banyak.
Pelik saya politik Warisan sehingga hari ini asyik menuntut usaha dan kejayaan orang lain; kalau hasilnya baik akan diambil kredit kalau kurang baik akan di karang sebagai kegagalan kerajaan GRS. Pui!
* Lagi dakwaan Shafie, tahun 2020 ekonomi Sabah merosot dengan mendadak.
Bukan merosot tapi baru saja Sabah bebas dari kekangan Covid-19. Sebab itu pada tahun sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor memperkenalkan pelbagai bantuan ekonomi kepada rakyat Sabah. Bukan macam kerajaan Warisan sedang rakyat Sabah berhadapan dengan ancaman Covid-19. Si Junz Wong sibuk meminjamkan wang rakyat Sabah pada AirAsia. Sedangkan rakyat Sabah terbiar dan terkakai memulakan sumber pendataan.
Junz Buat Justifikasi Skema Lulus RM300J Pada AirAsia
Jangan lupa. Shafie mengadakan pilihan raya negeri 2020 waktu Covid-19. Mana lah dia fikir pasal ekonomi Sabah, nyawa rakyat pun diperjudikan.
Kamu klik bha link dibawah; langkah awal yang diambil Ketua Menteri Hajiji Noor pada awal dan lewat tahun 2021, setelahkerajaan Warisan tumbang.
PKPB Sabah 11hb November 2020 Aktiviti Ekonomi DIBENARKAN
Bantuan Sabah Prihatin Covid 19 2.0 Bermula
RM15 Juta Perkasa & Mantapkan Program Bantuan IKS di Sabah
Sabah Akan Pastikan Kejayaan Pelan Pemulihan Ekonomi BIMP-EAGA
Inisiatif ECoS Bagi Pembangunan Negeri & Kesejahteraan Rakyat
Nah itu antara usaha kerajaan GRS dalam memastikan ekonomi Sabah terus berkembang. Untung kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan jika tidak maka ekonomi Sabah akan lebih sukar untuk dipulihkan dan di kembangkan.
* Shafie menyentuh kadar pengangguran kononnya meningkat semasa kerajaan GRS.
Hakikatnya yang berlaku adalah terbalik. Semasa kerajaan Warisan kadar pengangguran sangat buruk walaupun negeri negeri lain juga berhadapan dengan halangan PKP atau Covid-19.
Kamu klik bha link ini, nanti kamu tahu berapa kadar pengangguran era Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.
Sejak Warisan Ekonomi Sabah Lembab KDNK 0.5%
* Terakhir dikatakan kerajaan Warisan memperkasa sektor hiliran supaya Sabah tidak sekadar pengeksport bahan mentah.
Kamu orang tahu kah, industri hiliran yang dimaksudkan oleh Shafie bukannya benar benar memproses minyak masak. Tapi realitinya hanya membungkus minyak masak dan diberikan jenama tertentu. Astaga!
INI POINT PENTING KENAPA, WALAUPUN KERAJAAN WARISAN BERPELUK TUBUH TAPI MERAI PENDAPATAN BESAR. DARI INI SUMBER WANG DATANG.
Ia berlaku secara kebetulan. Kebetulan pada tahun itu Federal membayar royalti minyak untuk tahun 2018 dan 2019 berjumlah RM3.2 bilion.

http://jalinluin.com/2023/03/30/kemana-royalti-rm3-2-bilion-dibelanjakan-oleh-warisan-2/





















