Kamu baca dulu kenyataan bekas pemimpin kerajaan Sabah, Warisan Darell Leiking yang terbukti gagal sebagai pemimpin mahupun sebagai kerajaan negeri Sabah. Tapi sebaliknya mengata kerajaan GRS pula gagal mengurus ekonomi Sabah.
Kepimpinan Warisan hanya mampu mengada ngada macam orang yang tiada ilmu atau sengaja bodoh.
Sengaja membuat perbandingan tolol, antara apple dan pisang goreng, ini kerana kerajaan negeri GPS tidak pernah bertukar apa lagi diganti oleh kepimpinan lemah, cakap saja pandai tapi tidak reti mengurus negeri macam kerajaan Warisan sebelum ini.
Darell jugalah yang mendakwa sebelum PRU 2018, pertambahan kedai menjual pakaian terpakai membuktikan ekonomi Sabah teruk. Sekali giliran kerajaan Warisan, ternyata kedai menjual barangan terpakai semakin bertambah. 😂

Justeru bila kerajaan GRS memerintah, sistem pentadbiran terpaksa diubah dan banyak penambahbaikan. Termasuklah perbelanjaan mengurus terpaksa dinaikkan. Jadi bila si Darell mempersoalkan peruntukan mengurus lebih besar berbanding Sarawak, itu membuktikan kepimpinan Warisan memang tidak ada kemahiran mentadbir negeri.
Saya belum ungkit cerita rasuah dalam kerajaan Warisan ketika itu ya.
Jangan hairan kenapa semasa kerajaan Warisan ekonomi Sabah sangat teruk. Selain akibat tidak berkemampuan, faktor lain semacam tidak ada rezeki kerana pembohongan dalam pilihan raya memburukkan lagi ekonomi Sabah.
Kalau benar ingin menilai, buat perbandingan apple to apple.
Semasa kerajaan Warisan, ekonomi Sabah sangat lemah, ini berdasarkan laporan dari agensi kerajaan. Klik link ini, Sejak Warisan Ekonomi Sabah Lembab KDNK 0.5%
Dimana ekonomi Sabah pada 2018 turun sehingga 1.5% berbanding 2017 8.2%. Pada tahun 2018 KDNK Sabah semakin buruk sehingga 0.5%. Itu bererti semasa kerajaan Warisan kadar pengangguran juga sangat teruk.
Najib Razak juga ada mendakwa yang ekonomi Sabah lembab dibawah kerajaan Warisan. Klik link ini Najib dakwa ekonomi Sabah lembab di bawah Warisan
Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara dalam tempoh lapan tahun sebelum kerajaan Sabah bertukar tangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, misalnya pada tahun 2017, kadar pertumbuhan itu ialah 8.2 peratus paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9 peratus bagi seluruh Malaysia.
Menurutnya, pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus berbanding kadar 4.2 peratus untuk Malaysia.
“Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan (Parti Warisan Sabah) mengambil alih.






















Leave a Reply