Lokman Adam Bakal Diheret Ke Mahkamah Berhubung 1MDB

Lokman Adam, MT UMNO diberi surat tunjuk sebab oleh pihak pendakwa kes 1mdb kerana mengugut saksi iaitu bekas pegawai khas Najib Razak Amhari Efendi Nazaruddin.

Pihak pendakwaan berjanji akan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Lokman sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan jawapan beliau.

Sebelum ini Lokman telah membuat laporan polis terhadap Amhari dan meminta suruhanjaya pencegahan rasuah SPRM agar menyiasat dan mendakwa saksi berkenaan kerana menerima wang daripada ahli perniagaan yang diburu Jho Low.

Klik link dibawah :-

Lokman Terima Surat Tunjuk Sebab

Laporan polis yang sama juga telah dibuat oleh pemimpin UMNO daripada Pahang Dr Puad Zarkashi

Klik links dibawah:-

Laporan Polis Puad Mengesahkan Kenyataan Amhari Bukan Hearsay

Tapi yang sangkut Si Lokman seorang mungkin kerana laporan polis nya terlalu viral hingga menarik perhatian pihak pendakwa.

Sangkut juga si Lokman ni.

Sekarang bila si Lokman berjaya diheret ke mahkamah, dia kenalah menunjukkan bukti. Isunya adakah dia lebih berkuasa dari Najib pada masa itu yang membenarkan kejadian dan lebih tahu dari individu individu yang terlibat dalam urusniaga 1mdb. Sebenarnya hal yang sama dilakukan oleh cybertrooper UMNO yang ada diluar sana, syok tahu. 😃

Tunjuk Perasaan Di Iraq Mendesak Agar Rasuah Diperangi

Baru baru ini mahasiswa menunjuk perasaan mendesak agar kerajaan Indonesia membenteras kegiatan rasuah secara total. Selain yang kita tahu arahan Presiden Filipina pada rakyatnya agar menembak kaki perasuah. Selepas itu tunjuk perasaan di negara Mesir, juga berhubung aktiviti rasuah, dakwaan Presiden mereka Abdel Fattah al-Sisi memiliki rumah yang mewah dan kekayaan yang luar biasa sedangkan rakyatnya hanya untuk membeli daging pun tidak mampu.

Terbaru rakyat Iraq turun berdemonstrasi juga mendesak agar kerajaan mereka membenteras gejala rasuah habis habisan, rakyatnya mendakwa bahawa sistem pentadbiran negara sudah rosak begitu dengan sistem politik. Pokoknya sistem sivil baru mesti diperkenalkan, nah kalau tidak pertumpahan darah akan terjadi.

Dilaporkan di media antarabangsa bahawa sehingga semalam seorang peserta demonstrasi telah terkorban dan 200 lagi Iraqi mengalami kecederaan selepas bertempur dengan anggota keselamatan.

Pada penyokong pembangkang UMNO yang pro 1mdb tidak merasa malu kah?

Walaupun skandal ini sedang dalam proses di Mahkamah tapi ada lagi yang mendakwa kononnya tuduhan salah laku didalam 1mdb adalah fitnah.

Kawan, rakyat di tiga negara yang disebutkan di atas iaitu Indonesia Mesir dan Iraq hanya mendengar propaganda hearsay tapi rakyatnya bergegas turun padang mendesak agar perkara itu dibetulkan atau disiasat. Tapi kau totok 1mdb malah terguling guling menyalahkan kerajaan hari ini sebab telah membicarakan pelaku rasuah seperti 1mdb 🤭

Rahman Dahlan Atur Soalan Siasatan PAC Keatas 1MDB

Rahman Dahlan yang menjadi badan kerajaan semasa BN berkuasa dan disaat 1MDB memuncak telah terlibat secara langsung mengatur strategi soalan siasatan berhubung 1MDB agar Najib tidak dipertanggungjawabkan sepenuhnya dan secara teknikalnya tanggungjawab itu akan dipikul totally oleh Jho Low. Licik tapi konyol!

Sedangkan belum tentu kesanggupan Rahman Dahlan itu akan digunakan untuk membela rakyat biasa yang mencuri sebungkus Maggi di pasar raya untuk hidup. Berbeza dengan pesalah 1MDB tegar menjadi hipokrit merangka soalan PAC berhubung Najib.

Ikuti keterangan itu yang ada didalam artikel ini :-

Rahman Dahlan Beri Taklimat Sebelum Diasak PAC


Bekas ketua eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengakui dia diajar oleh tokoh perniagaan yang menjadi buruan, iaitu Low Taek Jho, atau Jho Low yang juga mengatur agar dirinya berjumpa dengan beberapa pemimpin BN yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum disoal oleh panel itu pada 2010.

Antara pemimpin BN yang juga adalah ahli PAC yang ditemuinya, adalah Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan, kata Shahrol kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa perbicaraan 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.


Ternyata Rahman Dahlan adalah antara pengarang cerita dongeng 1MDB selain laskar UMNO yang menjadi barua Jho Low tapi hari ini mereka berlagak memperjuangkan nasib Melayu dan Islam. Juga konyol!

Sebab itulah kita pun perasan, sehingga hari ini tidak ada seorang pun bekas Menteri kerajaan BN yang tampil mengulas jawapan bekas ketua eksekutif 1MDB Shahrol dan bekas pegawai khas Najib Amhari diprosiding 1MDB. Kerna pada hakikatnya mereka tahu sesungguhnya Najib dan Jho Low telah menyeleweng dana rakyat melalui 1MDB tapi kerana sudah imunin dengan penipuan itu yang hanya mampu berlagak sebagai pemimpin yang budiman, mendiamkan diri tapi dalam masa yang sama terus menipu rakyat melalui retorika perjuangan UMNO agar akhirnya bila nanti berkuasa balik mereka dapat melepaskan penjenayah 1MDB.

Pertanyaannya masih layakkah Abdul Rahman Dahlan atau UMNO Sabah diberikan kepercayaan oleh masyarakat Sabah walaupun telah diketahui licik jahat menyembunyikan aktiviti rompakan duit rakyat melalui 1MDB?

PBS Tolak Pelawaan UMNO Untuk Berkerjasama

Semalam ADUN Labuk, Abdul Rahman Kongkwang mewakili parti PBS dan beberapa lagi pemimpin UMNO dari peringkat Bahagian telah mengisytiharkan diri keluar daripada parti masing-masing dan menyertai parti warisan.

Klik links dibawah:-

Adun PBS Keluar Parti Menyertai Warisan

Hari ini Parti Bersatu Sabah (PBS) secara rasminya menolak pelawaan UMNO yang ingin bekerjasama dengan mereka.

Klik links dibawah:-

PBS Tolak Kerjasama Dengan UMNO

Menurut Presiden PBS biarlah UMNO dan PAS fokus pada perjuangan mereka. Begitu juga dengan PBS akan terus fokus pada perjuangan menuntut perjanjian Malaysia dan menjaga hak hak negeri.

Sebenarnya kan alasan PBS itu hanyalah alasan semata-mata, pada hakikatnya mereka memang ingin menjauhi UMNO selepas kekalahan calon mereka di PRK Sandakan. Ditambah lagi selepas UMNO berkerjasama dengan PAS dan tampak piagam mereka tidak memenuhi aspirasi masyarakat Sabah.

Jadi cuba berikan sedikit pandangan luar dari kotak kebiasaan, berhubung masa depan UMNO di negeri Sabah. Memandangkan PBS selaku parti pembangkang yang mewakili kaum KDMR tidak lagi bekerjasama dengan UMNO.

Ada lagi tak harapan UMNO Sabah ni, kah sudah berada dihujung tanduk?

Kalau ada sesiapa yang mengikuti perkembangan politik Sabah sejak era PBS sehingga UMNO berjaya bertapak di Sabah. Maka mereka akan perasaan situasi yang dihadapi oleh UMNO ini adalah sebenarnya karma.

Laporan Polis Puad Zakarshi Mengesahkan Kenyataan Amhari Bukan Hearsay

UMNO Batu Pahat, Puad Zakarshi telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi bekas pegawai khas Najib Razak.

Amhari adalah antara saksi utama dalam perbicaraan berhubung penyelewengan dana rakyat melalui 1MDB dan Najib di Mahkamah Tinggi.

Tujuan laporan polis dibuat adalah agar SPRM membuka siasatan terhadap Amhari kerana menurut UMNO Batu Pahat, Amhari telah membuat pengakuan semasa dalam prosiding bahawa terdapat wang sebanyak 3.7 juta dalam akaun peribadinya di bank BSI Switzerland.

Dan kesalahan itu tertakluk dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Tujuan ke-dua laporan polis dibuat kerana Amhari semasa dalam perbicaraan itu juga telah mengaku menerima gaji bulanan sebanyak RM25,000 daripada syarikat swasta ORBS Solution sedangkan beliau pada masa itu seorang penjawat awam yang sepatutnya tidak berlaku.

Jadi apa yang kita boleh simpulkan dari tindakan melulu UMNO Batu Pahat ini.

Untuk makluman sebelum ini bekas Menteri Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah pernah cuba mengambil balik wang yang di maksudkan oleh Amhari Efendi tapi Perdana Menteri ketika itu Najib Razak menghalangnya.

Isunya kenapa pentadbiran UMNO pada masa itu tidak membuat laporan polis terhadap Najib Razak yang telah menghalang bekas menteri kewangan kedua Husni Hanadzlah membawa balik wang rakyat?

Sebenarnya kan laporan polis Puad Zarkashi ini secara tidak langsung telah membuktikan yang kenyataan atau pengakuan Amhari dalam prosiding 1MDB ini adalah benar dan bukannya hearsay sepertimana dakwaan peguam Shafee Abdullah bahwa kenyataan dalam bentuk hearsay tidak boleh diguna pakai dalam penghukuman.

Checkmate sendiri!

Malah andai SPRM membuat siasatan kerana laporan polis ini maka sekali lagi Najib Razak akan terlibat dalam siasatan kerana kenyataan atau pengakuan Amhari itu menyangkut kuasa Najib pada masa itu dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh peguam Najib, Shafee Abdullah yang menjadi justifikasi hakim.

Kenapa Adun Labuk PBS Menyertai Warisan?

Hari ini politik Sabah dikejutkan lagi dengan berita kemasukan Yb daripada PBS ke Parti Warisan Sabah. Menariknya YB ini juga telah membawa beberapa pemimpin PBS dan UMNO.

Ialah ahli jawatankuasa (AJK) Wanita PBS Labuk, Fency Mirsoh; AJK Pemuda PBS Labuk, Sunny Silva Raja; bekas penolong pegawai daerah Beluran, Jamai Sikansa; AJK UMNO Beluran, Abdul Rahim Diar dan ahli UMNO Beluran, Andaraman Kahar.

Admin rasa yang menyebabkan ADUN Labuk daripada Parti Bersatu Sabah(PBS), Abdul Rahman Kongkwang meninggalkan PBS dan menyertai Warisan bukan sebab PBS itu sendiri.

Tapi faktor UMNO selaku sekutu PBS di Dun Labuk, dilihat tidak lagi berkemampuan mempertahankan kedudukan Abdul Rahman Kongkwang selaku Yb di PRU yang akan datang.

Pada PRK Sandakan baru baru ini Abdul Rahman telah dilantik sebagai penggerak kempen calon PBS. So dari situ dia nampak apa yang berlaku dan sejauh mana penerimaan masyarakat Sandakan terhadap UMNO yang menjadi rakan sekutu calon PBS di PRK berkenaan.

Pokoknya masa depan UMNO di Sabah tidak lagi selamat. UMNO akan menjadi pembangkang untuk tempoh yang lama seperti PKR hanya selepas 20 tahun barulah perjuangan mereka diterima oleh rakyat.

Najib Desak Pinjam 3 Billion Dari Perkeso Untuk 1MDB

Najib mendesak meminjam 3 billion dari Perkeso untuk membayar Petrosaud sedangkan perniagaan dengan syarikat ini sebenarnya tidak wujud.

Seperti mana pendedahan bekas Eksekutif IT Petrosaud Xavier Justo hingga akhirnya 1MDB menjadi skandal antara terbesar di dunia.

Dipetik dari kandungan artikel di bawah bahwa :-

BEKAS perdana menteri Najib Razak mendesak 1MDB untuk mendapatkan pinjaman RM3 bilion daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membayar bayaran pinjaman tambahan kepada PetroSaudi International (PSI) Ltd pada awal 2011, kata saksi dalam perbicaraan kes 1MDB hari ini.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Najib membenarkan 1MDB membuat tambahan pinjaman AS$750 juta kepada PSI untuk membiayai projek berkaitan Maybourne Hotel Group di London.

Najib Desak Pinjam 3 Billion Dari apa Perkeso

Teruk benar Najib ni ya. Semua dia sapu.

Berada dihujung persepsi 1MDB. Tidak kah menyokong UMNO hari ini adalah satu hal yang mesti dipertimbangkan kerana apa yang berlaku nampak lebih mulia seorang remaja dewasa yang nakal jahat berbanding pemimpin UMNO seperti Najib ini.

Suka sukanya menggunakan wang rakyat. Sedangkan kalau orang biasa jangankan mencuri seratus dua, mencuri milo setin untuk hidup pun mereka dimalukan dipukul sebelum diheret ke Mahkamah.

Menyokong UMNO adalah hal yang perlu dipertimbangkan, memalukan? 🙃