Rosman Ahir Kau Kena Tahu UMNO Yang Menyebabkan Sabah Tidak Stabil

Apa yang cuba dijelaskan oleh Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Rosman Ahir Zaman.

Tidak silap dia ni bekas Cybertrooper Bung Mokhtar dan penyambung lidah Lokman Adam dua pemimpin UMNO yang dilecehkan oleh rakyat Sabah.

Dia sebelum ini mempersoal maksud Sabah Maju Jaya, menurut si Rosman lain yang terjadi?

Katanya lagi moto Sabah Maju Jaya telah menjadi bahan ejekan dan permainan generasi anak muda.

Pertanyaannya.

Lain terjadi dari konteks apa, kemajuan kemakmuran?

Siapa sebenarnya yang mengejek Moto Maju Jaya?

Sabah ketinggalan berbanding negeri-negeri lain disebabkan oleh pentadbiran UMNO sejak berdekad yang lalu. UMNO hanya beretorik dengan perjanjian Malaysia, setiap kali pilihan raya, perjanjian Malaysia dijadikan manifesto bila menang sikit pun tidak dibincangkan, begitulah setiap kali pilihan raya.

Peruntukan tahunan, selama ini yang diberikan oleh kerajaan UMNO tidak berbaloi jika dibandingkan dengan hasil kutipan Sabah. Dalam sektor pelancongan saja Sabah menyumbang sehingga 2 atau 3 bilion setahun. Tapi apa berlaku pada Sabah, sejak UMNO mengongkong Sabah.

UMNO pernah berjanji berhubung sistem Kabotaj yang menjadi modal pembangkang sejak sekian lama di Sabah, akan melepaskannya tapi selepas lebih 10 tahun, janji tinggal janji.

Rosman tahu ke sudah berkali kali UMNO Sabah mempolitikkan Perjanjian Malaysia 1963?

Sebab itulah bila Warisan memainkan isu perjanjian Malaysia 1963 dan UMNO penipu dan perompak kekayaan Sabah. Warisan dapat diterima oleh sebahagian rakyat Sabah.

Sabah terpaksa berhutang pada Bank Negara untuk membangun Sabah. Wang yang digunakan untuk membina PPNS dipinjam dari Bank Negara (Persekutuan) bukannya wang UMNO.

Sabah pernah dianggap simpanan tetap UMNO. Tapi Sabah tetap mundur sehinggalah kali terakhir pemimpin UMNO menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri JKR, namun Bung Mokhtar juga gagal memikul tanggungjawab membangun Sabah. Jalan raya yang rosak dan bekalan air yang bermasalah era Warisan gagal dibaiki oleh Bung.

Hari ini kerajaan GRS terpaksa bertungkus lumus membetulkan kegagalan yang ditinggalkan oleh UMNO dan Warisan.

Rakyat Sabah sangat tahu, UMNO pernah melantik Shafie sebagai Menteri KKLW tapi gagal menyediakan prasarana yang selayaknya, sebaliknya Sabah waktu itu banyak dikaitkan dengan berita penyelewengan melibatkan peruntukan Kementerian KKLW.

Skandal Bung Mokhtar berlaku era Shafie menjadi pemimpin UMNO atau Menteri KKLW.

Pokoknya UMNO lah yang menyebabkan Sabah mundur, kegagalan UMNO tidak hanya berlaku di Sabah tapi juga di Semenanjung. Makanya hari ini majoriti orang Melayu menolak UMNO. UMNO pada pilihan raya umum 2022 hanya mendapat 26 kerusi dari 222.

Oleh itu tidak ada yang salah pada moto Sabah Maju Jaya, Sabah sejak dari dulu memang berdikari sendiri. Hanya UMNO melalui si Rosman yang mengada ngada, mengikut rentak Warisan.

Yang memperleceh moto Sabah Maju Jaya adalah pemimpin dan macai Warisan. Yang bertujuan lain untuk menutup kegagalan slogan Sabah Ubah, Sabah Unity dan Resit Sabah. So apa yang dihairankan bila macai Warisan mengada ngada melecehkan moto Sabah Maju Jaya. Yang UMNO tidak tentu pasal mengikut langkah bodoh macai Warisan, apa hal?

UMNO semasa menjadi sebahagian dari kerajaan GRS. Tidak pernah mempersoalkan moto Sabah Maju Jaya ertinya kritikan UMNO Sabah melalui Rosman ini hanyalah pernyataan kosong dari pihak yang terbangsat setelah gagal merampas kerajaan GRS.

UMNO memang terkenal sebagai parti petualang. Hari ini cakap lain, esok cakap lain.


Penurunan Kuasa? Lupa Siapa Hampir “Jual” Sabah Dan Mana Manifesto Borneonisasi Versi UMNO?

Labuan Manifesto UMNO Sabah Biar Betul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: