Ini ketegasan Perdana Menteri Malaysia ke10 Anwar Ibrahim berkaitan rasuah.
Anwar mengingatkan semua pemimpin dalam satu majlis kalau tidak silap di Kedah. Tanpa mengira daripada parti mana, baik dari PKR, DAP mahu pun UMNO jika didapati bersalah maka mereka harus dibicarakan dan di hukum penjara.
Begitu tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim di dalam memastikan Malaysia bersih dari kegiatan rasuah.
Di dalam video, kelihatan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Zahid Hamidi berdiri di belakang bersama yang lain, khusyuk mendengar amanat Perdana Menteri.
Baru sebentar tadi diberitakan, orang kuat atau pengikut, Fahmi PKR dan Rafi dari parti UMNO dicekup oleh SPRM.
Itulah dalam politik jangan terlalu berlagak suci atau berpendapat terlalu haram ke atas satu satu keadaan, sebab kita ini manusia yang ada nafsu dan ada kalanya kehendak duniawi perlu juga diberikan perhatian, asal pula tidak memudaratkan.
Mampu ke Perdana Menteri memenjarakan pemimpin PKR, DAP dan UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana salah guna kuasa atau rasuah?
Tinggalkan Jawapan