Jalan Raya Sabah Era Shafie Menteri KKLW Macam Pintu Masuk Neraka (Video)

Semalam saya telah buktikan isu yang dimainkan oleh pemimpin dan jentera Warisan berhubung bekalan air hanyalah retorik dan propaganda mereka. Seperti dibawah.

Yang cuba menutup kegagalan mereka semasa menjadi kerajaan negeri Sabah selama 2 tahun 1/2 dan untuk menjustifikasi kerjasama mereka dengan parti UMNO yang sepatutnya tidak berlaku.

Sedikit soal Warisan dan UMNO yang akan bekerjasama.

Jika apa yang dikritik oleh Warisan ke atas UMNO begitu juga sebaliknya untuk kebaikan rakyat Sabah. Tidaklah kerjasama yang mereka rancang hari ini, dipolitikkan dengan menyalahkan orang lain agar kerjasama itu kelak diterima oleh rakyat.

Ternyata selama ini kritikan mereka sekadar kata kata politik untuk memperdaya kepercayaan rakyat demi kekuasaan. Nasib baik hari ini rakyat Sabah semakin alert dan sedar pentingnya politik kepada negeri bangsa. Sebab itulah kita nampak parti Warisan dan parti UMNO semakin di tolak oleh orang Sabah.

Masalah jalan raya yang berlarutan sehingga hari ini bertitik tolak semasa Shafie menyandang Menteri KKLW atau semasa menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia.

Sampaikan masyarakat masa itu berantisipasi dengan kerja Shafie selaku Menteri KKLW dengan mendakwa jalan ke kampung mereka macam pintu masuk ke neraka.

Jalan yang dimaksudkan ialah jalan di FELCRA, waktu itu siapa pemimpin Sabah yang bertanggungjawab menjaga FELCRA bukan Bung Mokhtar ke?

Sepatutnya berbilion wang rakyat yang disalurkan ke Kementerian KKLW yang diterajui oleh Shafie Apdal digunakan untuk menyelesaikan masalah jalan raya dan bekalan air supaya tidak berlarutan sehingga hari ini. Tapi sayang seribu kali sayang peruntukan KKLW yang berbilion tidak digunakan dengan cekap. Jalan yang sepatutnya di selenggara diabaikan yang dibuatkan jalan kawasan yang bukan menjadi laluan utama masyarakat luar bandar.

Bayangkan ini baru satu jalan yang dipersoalkan oleh rakyat semasa Shafie mengetuai Kementerian KKLW.

Kerajaan negeri Warisan bertahan 2 tahun 1/2 juga gagal menyelesaikan masalah rakyat. Sepatutnya kuasa dan masa yang ada digunakan untuk meneruskan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan BN atau Tan Sri Musa Aman. Tapi tidak malah kerajaan Warisan menghentikan projek Pan Borneo selama dua tahun.

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh Shafie Apdal dalam politik ini. Sudah memegang jawatan Menteri yang bertanggungjawah menyelesaikan masalah rakyat. Termasuk jawatan Ketua Menteri Sabah tapi tidak digunakan menyelesaikan isu yang dihadapi oleh rakyat.

Warisan hanya nampak bersungguh bila kehilangan kuasa atau menjadi pembangkang. Masa ini semua perkara menjadi isu politik. Termasuk jalan raya macam masuk ke pintu neraka dan isu bekalan air yang sebenarnya berpunca dari mereka dan gagal di selesaikan.

One thought on “Jalan Raya Sabah Era Shafie Menteri KKLW Macam Pintu Masuk Neraka (Video)

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: