Konvensyen Nasional Di PWTC Menyebabkan UMNO Ditinggalkan dan Kalah PRN Negeri

Kesimpulan bekas pemimpin UMNO Annuar Musa berhubung Konvensyen Nasional yang diadakan di PWTC dan dihadiri oleh pemimpin liberal, DAP.

Kehadiran pemimpin DAP dalam bangunan PWTC yang sinonim dengan UMNO menyebabkan ramai ahli meninggalkan UMNO.

Ini akan dibuktikan pada pilihan raya di enam negeri yang dijangka akan berlangsung dalam dua atau tiga bulan lagi. Kita tengok konok!

Selama ini PWTC menjadi markas pemimpin pemimpin UMNO dan jentera mereka mendoktrin orang melayu agar membenci DAP yang dikaitkan dengan fahaman Komunis dan cuba merampas hak dari bangsa Melayu.

Sehingga hari ini pun pemimpin UMNO masih mengaitkan politik mereka dengan nasib orang Melayu. Walaupun selepas berdekad menjadi pemerintah, dan mereka tahu masih ada orang Melayu yang tinggal dibawah jambatan.

Ertinya walaupun konvensyen National berjaya mencatat sejarah sebagai satu bentuk perpaduan, tetapi pada hakikatnya PWTC berjaya ditawan oleh DAP. Dan yang yang nampak bodoh disini adalah orang Melayu jika mereka kekal bersama UMNO.

Percayalah cara rakyat berpolitik berbeza dengan parti menjalankan doktrin mereka. Politik rakyat ni tidak mengenal penat dan mereka akan bercakap apa adanya sesama mereka. Sebab itulah UMNO yang gagah puluhan tahun boleh lemah sehingga hari ini.

Contoh politik rakyat adalah blog ini. Mengupas satu satu isu secara feminin tapi mendalam dan menyakitkan.

MGF13122022_-PC-PM-ANUAR-MUSA-8
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Lebih ramai ahli UMNO didakwa akan menolak parti itu selepas Dewan Merdeka yang menjadi lokasi himpunan keramat orang Melayu dimasuki pemimpin dan ahli DAP.

Andaian itu dibuat oleh bekas pemimpin UMNO yang dipecat daripada parti Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu meramalkan UMNO akan terus ditolak pada pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kehadiran puak sosialis, liberalis DAP ke PWTC hari ini akan mendorong jutaan rakyat, termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan UMNO.

“Dan UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang. Insya-Allah,” kata Annuar di Facebook beliau.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: