Ahli UMNO Tawau Diminta Reda Terima Ketua Bahagian Yang Dituduh Merogol Oleh Isterinya

Macam yang kamu sedia maklum berkenaan sang isteri mendakwa suaminya telah merogol kawan karibnya. Sang isteri juga membongkar suaminya kaki judi. Kebetulan suaminya ialah Ketua Bahagian UMNO Tawau.

Secara logiknya mana mungkin seorang isteri mendedahkan jenayah suaminya jika dia sendiri tidak dianiaya atau menjadi korban rumah tangga begitu lama.

Namun dinafikan oleh parti UMNO melalui Setiausaha Agong UMNO Bahagian Tawau, Abdul Rahman Ismail. Dalam suratnya meminta agar ketua-ketua cawangan mengetepikan fitnah yang sedang berlegar serta jangan menokok-tambah kekeliruan yang sedia ada.

Kenyataan dari seorang isteri yang nampak menjadi korban rumah tangga dan tidak berkeupayaan dikatakan memfitnah suaminya?

Kejahatan apa yang telah dilakukan oleh isteri si Ghazali sebelum dia mendedahkan kegiatan suaminya hingga memungkinkan dia tidak boleh dipercayai? berbanding suaminya yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa skandal panas.

Pada hakikatnya kepimpinan UMNO telah mencampuri urusan rumah tangga masyarakat. Apa lagi mereka belum tahu sejauh mana kebenarannya yang hanya boleh ditentukan oleh pihak yang berwajib setelah menjalankan siasatan sekaligus pendakwaan di Mahkamah.

Itu saya kata beberapa lama sebelum ini bahawa UMNO adalah parti yang menakutkan. Kiranya kalau anda sendiri yang menjadi mangsa mereka, anda tidak boleh berbuat apa, laporan Polis yang anda buat dianggap fitnah kerana anda cemburu pada kejayaan mereka.

Menakutkan sebab walaupun satu dunia tahu Najib terpalit dengan skandal SRC anak syarikat 1MDB tapi dicanang oleh pemimpin dan penyokong UMNO sebagai fitnah.

Walaupun setelah Mahkamah mendapati Najib bersalah tetap juga dianggap fitnah.

Ketika itu banyak artikel atau tulisan yang dicipta oleh pemimpin dan laskar UMNO dalam usaha mengaburi kepercayaan rakyat berhubung skandal 1MDB dan SRC. Hinggakan ada pemimpin UMNO sendiri yang membuat kenyataan terbuka bahwa tidak salah bagi orang yang akan lemas mencari apa pun cara asalkan mereka selamat. Maksudnya tidak salah memperalatkan parti UMNO untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dengan kesalahan besar.

Kiranya ahli UMNO Tawau dipaksa percaya yang Ketua Bahagian UMNO Tawau Ghazali Ansing telah difitnah oleh isterinya sendiri.

Ya kamu redalah pada perbuataan parti sampah selagi belum mengena batang hidung sendiri.

Seperti mana surat rasmi UMNO dibawah.

Nah dari kamu saja, yang pasti tidak ada rakyat yang menyokong pihak yang ada sindrom penafian yang terlalu kental, walaupun satu Malaysia sudah tahu kebenarannya. Tengok saja keputusan pilihan umum 2022 bukan ke UMNO hanya mendapat 26 kerusi dari 222. Begitu juga dengan Warisan hanya mendapat tiga ketul kerusi Parlimen 😂.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: